Sunday 25 July 2010

Wajah

saya baru sahaja dengar lagu wajah, nyanyian Jacqueline victor..emm memang menusuk kalbu siapa yg benar-benar menghayatinya..tiba-tiba teringat kawan sebelah katil semasa sy berada di wad neurologi..emm memang kena betul lagu ni dengan dia..


mak cik ni warga indonesia..dia koma, minum susu pun masuk melalui hidung, buang air melalui bag urin, pakai pamper..memang kesian kalau tengok..setiap petang suamianya akan datang ziarah isterinya..keluarga yg lain semua di indonesia..

sy ada bersembang dengan suaminya, sedih sangat..suaminya kata nak bawa balik sebab dah tak cukup duit untuk menampung perbelanjaan hospital..kalau dia datang tengok isteri, tak kerja macam mana nak makan..ada duit tambahan, nak bw terus isteri ke indon biar keluarga disana jaga..


sy terfikir nanti dekat rumah siapa yg nak bg susu sebab ada cara dia..kalau tak betul boleh membahayakan mak cik tu, siapa nak jaga mak cik tu bila suaminya pergi kerja, siapa nak tukar pakaian & pamper..selalunya sy tengok dekat tv rancangan bersamamu, sekarang sy sendiri dekat dengan orang yg benar-benar susah..berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..sy doakan semoga Allah permudahkan urusan pak cik & makcik tersebut..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...