Wednesday 30 December 2009

Pantun Mari Sembahyang

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!!



hasil nukilan : Suhana Mohd Tahir (tmn2 syurga)

Tuesday 22 December 2009

Walimah sahabat

Alhamdulillah seorg lg sahabat ana telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan zauj tersayang di Kedah 12 disember 2009..semoga Allah melimpahkan rahmat dalam mahligai yg telah dibina..tp nanti bila k.Ct ada kelapangan, jangan lupa lawat kami di Shah Alam ni ya..

Nak kongsi dengan sahabat-sahabat betapa pentingnya sifat Redha dan Tawakal ILALLAH..sebenarnya ana tak berpeluang untuk pergi ke walimah k.Ct sebab bulan 12 memang banyak program..ana dan sahabat-sahabat yg lain merancang nak pergi sama-sama pada awalnya..tapi tawakal waktu perancangan tu sebab takut ditugaskan pergi program..jadi ana tanam dalam hati jika pergi ke walimah sahabat ana lebih baik dari pergi program maka permudahkanlah..dan jika pergi program lebih baik, maka ana redha mungkin ini yang terbaik..

tiba hari yang ditetapkan, ana dan 3 orang sahabat sahaja yg boleh pergi dan budak-budak yg asalnya nak pergi, tak dapat..Alhamdulillah rezeki ana berpihak ke Kedah untuk meraikan k.Ct tersayang sambil merapatkan ukhuwah yg sedia terjalin..jd kesimpulan disini sentiasa tanam dalam diri konsep usaha, tawakal dan redha insyaALLAH dipermudahkan segala urusan..

nak kongsi lagi satu cerita, sambil ana pergi walimah sempat shbt ana syuhada, bawa ana dan shbt-shbt yg lain pergi restoran RFC keluaran HPA di Alor Setar, Kedah (syukran ada)..restoran ala-ala KFC..sedap dan menyelerakan lagi Halal..jadi siapa-siapa yg pergi Kedah, boleh la singgah sebentar bersama keluarga..


Wednesday 16 December 2009

AgungNYa Anugerah Mu


Tuhan ku
dalam sendu ku mengadapMu
tertumpah resah dan keliru
tatkala hatiku
Kau uji dengan duka nestapa..

mampukah aku bertahan
mengempang airmata kedukaan
setelah ku sedar
aku sekadar insan


aku berpaling padaMu Ya Rabbi
redha dengan suratanMu Ilahi
mengharap belas kasihanMu
tabahkanlah hati ku
menanggung anugerah Mu

terpandang kedipan bintang
tenang jiwa ku rasakan
agung ciptaanMu
begitu luas terbentang alam..

Ku sedar kebesaran Mu tuhan
ku langkahkan kaki kehadapan
tak inginku toleh kegagalan
lantas kesilapan ingin ku perbetulkan

Pada Mu Ya Allah
aku berserah
Ampunkan kealpaan ku pada akhirat Mu
pulangkan aku pada Zat Mu
nikmatkan aku dalam kehidupanku. .

nukilan : Rofiah Sulaiman (tmn2 syurga)

Thursday 10 December 2009

Renungan bersama

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ....
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ..

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar .
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Ada 4 di pandang sebagai ibu ', iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Wednesday 9 December 2009

Jangan cabut uban..@_@


"Alamak uban dah tumbuh kat kepala. Kalau tak cabut, nampak sangat aku dah tua. macam mana ni ya. Pening kepala fikir. Bertambah lagi la uban kat kepala." Hati berkata.

Jangan cabut uban. Uban adalah cahaya bagi orang Islam. Nabi S.A.W menegah kita mencabutnya sebagaimana yang diriwayatkan 'Amr bin Syu'aib daripada ayahnya daripada datuknya bahawa baginda bersabda:
"Jangan cabut uban kerana ia cahaya orang Islam. Tidaklah seorang muslim yang ditumbuhi uban dalam Islam, melainkan Allah menulis baginya 1 pahala dan mengangkat 1 darjatnya. Dan Dia menghapuskan 1 dosanya."
(hadith riwayat Abu Dawud, Ahmad, Tirmizi, an-Nasai dan Ibn Majah)

Hati berkata lagi, "Kalau macam itu, aku tak nak cabut uban la. Sayang aku pada uban ni.

Hanya kerana sebutir kurma



Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat
ziarah ke mesjidil Aqsa.

Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat mesjidil Haram.

Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat
sebutir kurma tergeletak didekat timbangan.
Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim
memungut dan memakannya.

Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan
kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa.
Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada
sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra.
Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar
percakapan dua Malaikat tentang dirinya.


"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara
yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT,"

kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan
yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari
meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab
malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama
4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin
amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT
gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

"Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.

Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui
pedagang tua penjual kurma.
Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah
ditelannya.

Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual
kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang
tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya
membeli kurma disini dari seorang pedagang tua.

kemana ia sekarang ?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan
pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada
siapa saya meminta penghalalan ?".
Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak
muda itu mendengarkan penuh minat.

"Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita,

"Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau
menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku

makan tanpa izinnya?".

"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi
entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang.

Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka
mempunyai hak waris sama dengan saya."
"Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka
satu persatu."
Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui.
Biar berjauhan, akhirnya selesai juga.
Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka
yang termakan oleh ibrahim.

4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah
kubah Sakhra.

Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar
lagi bercakap cakap.
"Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara
makan sebutir kurma milik orang lain."
"O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah
mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu.
Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran
sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain.

Sekarang ia sudah bebas."

Oleh sebab itu juga berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh kita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu... "(mengingatkan diri saya dan teman)br>
Pada hadits yang lain beliau bersabda; ˜Siapa yang merampas hak orang Islam dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkannya masuk surga.. Seorang laki-laki bertanya, walaupun sedikit ya Rasulullah? Nabi menjawab, walaupun sebatang kayu sugi." (Riwayat Muslim).

Monday 7 December 2009

Cinta Ilahi..

Hadis riwayat Anas radhiAllahu ‘anhu, dia berkata bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Ada tiga hal yang barang siapa mengamalkannya, maka ia dapat menemukan manisnya iman, iaitu orang yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada yang lain, mencintai orang lain hanya kerana Allah, tidak suka kembali ke dalam kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka.” (Shahih Muslim No.60)



Sekiranya cinta dan kasih diletakkan kepada ALLAH melebihi rasa cinta kita kepada makhluqNYA, nescaya kita tidak akan didatangi kecewa. Sedih yang melanda akan segera terubat apabila cinta kepada ALLAH menguasai jiwa. Malah, jiwa akan hidup dalam ketenangan dan kemanisan iman akan mula menyerap ke dalam jiwa.

Friday 27 November 2009

Ya Allah...^_^

Bersyukurlah kepada orang yang menyakiti hati kita kerana dialah yang menabahkan hati kita,

Bersyukurlah kepada orang yang menipu kita kerana dialah yang meningkatkan pengetahuan kita,

Bersyukurlah kepada orang yang tidak mengendahkan kita kerana dialah orang yang memupuk kita agar berdikari

Bersyukurlah kepada orang yang menyeksa kita kerana dialah orang yang menguji kesabaran kita.

No LOVE unti AKAD..???


NO COUPLE EXCEPT SELEPAS AKAD....

"Wanita yang suci adalah Wanita yang di jaga oleh ALLAH,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita?Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita"
"Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki ,bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya..Mengapa masih ragu-ragu?" "Kekuatan usah di tunggu tapi harus dicari" Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan... "Sebesar-besar dosa adalah dosa yang di lakukan ketika rasa berdosa melakukannya" -Imam Ghazali-

Wednesday 28 October 2009

Realiti Kehidupan Sekarang..

Bismillahirrahmanirrahim..

Petang tadi waktu sekolah bermula, tiba-tiba guru besar panggil ana..guru besar suruh dapat kan maklumat pelajar yang belum menjelaskan yuran dan contact parent mereka dengan segera..

Ana pun tepon ibu/bapa/penjaga pelajar-pelajar tersebut..dengan bacaan Bismillah, ana pun mulakan operasi menelefon sape-sape yang berkenaan..

Assalamualaikum, ni encik/puan ________ ke..maaf ganggu, saya ustzh salmah dari sekolah _________..nak maklumkan mengikut rekod yuran sekolah, anak encik/puan yang bernama ________ belum menjelaskan yuran dari bulan ______ hingga bulan ______..jadi pihak sekolah minta kerjasama encik/puan menjelaskan sebelum akhir bulan 10..

ni jawapan yang ana terima dari parents yang ana call..

  • eh yeke anak saya tak bayar sebab selalunya sebelum akhir bulan, saya dah jelaskan byaran.
  • ya Allah ustzh, saya lupa..boleh tak ustzh bagi tahu amount berapa.
  • ok ustzh, ustzh bagi anak saya surat berapa yang kena bayar, minggu depan saya jelaskan sebab sekarang saya outstation.
  • anak saya tak bayar lagi ke..? tak pe biar saya tanya isteri saya dulu betul tak.
  • ustzh, saya minta maaf sebab tak bayar..saya betul-betul lupa
DAN MACAM-MACAM LAGILAH RESPON YANG ANA TERIMA....

bukan respon dari parent pelajar yang ana nak kongsi disini tapi ana sedih dengan situasi di atas sebenarnya..ibu/bapa/penjaga terlampau sibuk dengan kerja sampai perkara yang simple tentang anak-anak boleh lupa..

bagi sbht-sbt diluar sana yang bakal/sudah memiliki anak atau bakal/belum mendirikan rumah tangga, jadikan kisah yang tak seberapa ni sebagai peringatan, sebagai pengajaran..jangan disebabkan kesibukan mencari rezeki, kemaslahatan anak-anak terabai..

kesian dengan mereka yang baru mengenal dunia tapi dibiarkan terkontang kanting..ambil berat tentang mereka supaya mereka rasa terpelihara dan tidak akan memilih jalan yang tidak sepatutnya..

anda lah yang bakal mencorak anak-anak anda..jika anda beri tumpuan, perhatian yang sepenuhnya..insyaAllah kain yang anda corakkan itu bakal menjadi kain yang cantik dan mahal harganya..sama-sama kita berdoa supaya menjadi ibu/bapa yang soleh/solehah dan berjaya mendidik anak-anakyang soleh dan solehah serta menjadi keluarga sakinah yang penuh kerahmahtan..wallahu'alam..


Monday 26 October 2009

secebis bingkisan...

Bismillahirrahmanirrahim.....




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..Alhamdulillah syukur diatas segala nikmat yang Engkau kurniakan pada hambaMu yang lemah ini..nikmat yang terlalu banyak yang tidak dapat dihitung dengan jari..moga ana ditempatkan dikalangan hambaMu yang tahu erti syukur dan tidak alpa pada kelazatan nikmat dunia..





Buat keluarga saya yang tercinta..ana uhibbukum fillah..terima kasih terutama kepada umi dan abi kerana bagi didikan yang sempurna buat along..


Abi, penat lelah mu mencari rezeki menjadi idola buat along untuk menyambung tugas abi..kesakitan yang melanda diri abi bukan menjadi batu penghalang untuk abi terus gerak maju ke hadapan..along doakan smoga abi tetap tabah menghadapi ujian..


Umi, kekuatan mu menjadi tulang belakang untuk abi mara ke hadapan..umi menjadi teladan buat along untuk menghadapi cabaran masa-masa akan datang..kesabaran, ketabahan umi..doakan along supaya menjadi seorang muslimah mukminah yang solehah..


Angah, gud luck SPM..along tahu angah gigih dan kuat berusaha mencapai cita-cita..along doakan semoga angah cemerlang dunia akhirat dan yang paling penting menjadi wanita solehah yang disegani..insyaAllah..dan ingat janji kita berdua.........


Adik, wah-wah kecik lagi dia ni 7 tahun tapi perangai macam orang besar..maklumla kakak-kakak dia dah besar..cian dia tak de kawan yang hampir sebaya kat umah..adik contohi sikap dan sifat along dan angah yang baik-baik..yang buruk tu lempar jauh-jauh ya..belajar rajin-rajin..



Saturday 24 October 2009

Sahabat

waktu majlis perpisahan..gambar k.ct je tak ada..tapi k.ct tetap di hati..


Khas buat shbt-shbt yg pernah sama-sama b'juang dalam gerak kerja..........k.nani, k.mus, k.fiza, k.as, k.mas, k.husna, k.ct, k.hajar dan adik syuhada..luv u all, sntiasa dlm ingatan..insyaALLAH=)

Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi


Ya Allah,
Saya muhasabah,
menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,

Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.


Ya Allah,
Sahabat ketawa,
saya gembira,

Sahabat sayu,
saya syahdu,
Sahabat layu,
saya pilu,
Sahabat cemerlang,
saya gemilang


Ya Allah,

Kawan saya,
sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.


Ya Allah,
Sahabat saya,
buah hati saya,

Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta
Rajuk kami membuah ceria.


Ya Allah,
Silaturrahiim kami,
ukhwah fillah,
Bermusuh kami,

na`uzubillah,
Berpisah mati,
insya Allah
Pengubat hati,
do`a rabitah.



gambar iftar di rumah shbt..alhamdulillah time ni semua dapat berkumpul..


Sahabat! Perjuangan kebenaran itu adalah pahit,
Kerana syurga itu manis
.

Sahabat! Perjuangan itu derita sengsara,
Sebab itu pusaka nabi-nabi,
Bukan pusaka Qarun dan Qisra.

Perjuangan beerti miskin,
Kerana dia adalah ia adalah tradisi rasul-rasul,
Amalan sahabat-sahabat, aulia` dan salihin.


Sahabat! Perjuangan itu beerti terkorban,
Kerana ia meminta pengorbanan.

Sahabat! Dalam perjuangan,
Ada yang bangun setelah jatuh,

Ada yang jatuh terus jatuh,
Ada yang tidak mengenal jatuh,
Kerana itu sudah menjadi Sunnah Allah.

Sahabat! Dalam perjuangan,
Jangan terkejut,
Kawan jadi lawan,
Lawan jadi kawan,

Kerana itu sudah menjadi perjalanan hidup.

15 Ogos 1976
Dipetik daripada: Siri sajak Al-Arqam oleh ustaz Asaari

keamanan sejagat..



Monday 19 October 2009

Tamatlah sudah...

Hari ini sudah masuk bulan baru kalau mengikut kalendar Islam iaitu bulan zulkaedah..hari kemenangan berlalu pergi meninggalkan kita..Alhamdulillah lepas maghrib semalam (30 syawal) tempat ana ajar ngaji mengadakan jamuan raya..bermacam-macam perasaan ada

Seronok : dapat layan budak-budak kecil makan..ustazah saya nak air..tengok mereka makan, perut yg lapar boleh jadi kenyang ^_^

Cemas : budak-budak dah ramai yg datang tp majoriti tak bw makanan sebab minggu sebelumnya mereka tak datang jd tak dapat informasi..ana dan shbt ana syuhada terpaksa pergi ke pasaraya beli apa yg patut..nasib baik ustazah ema ada bw bee hon..jadi kami aulakan dulu budak-udak ni ^_^

Kelakar : klas ngaji ada 2 kelas dan tenaga pengajar lain-lain..pelajar yg datang mengaji ada yg adik-beradik dan kami pecahkan mereka ke kelas berasingan..jd yg adik (ngaji kelas ustaz) dapat duit raya rm5..yg abang (ngaji kelas ustzh) dapat rm 1..si abang naik atas semula lepas bersalam jumpa kami tanya "ustazh knapa adik sy dpt rm5 mana adil" terperanjat kami semua..^_^ macam-macam

Syukur : Alhamdulillah jamuan raya yg tak seberapa ni berjalan dengan jayanya..syukran shbt-shbt yang sama-sama membantu..^_^

Friday 9 October 2009

Pertama Kali...........

salam..apa khbr kepada shbt-shbt yg dikasihi..
nak kongsi pengalaman pertama kali jadi ustazah dekat sekolah..
KAFA Intregasi al-Insan, shah alam ..itulah sekolah yang mula-mula ana tabur bakti..
tak dela besar mana jasa tapi pengalaman kat sana memang sronok..
mula-mula sampai blur2 je tapi alhamdulillah ustzh kat sana semua baik-baik dan byk bg tunjuk ajar..

Dekat sana ana lebih jaga bhgn yuran budak-budak..kalau ada ust/ustzh yg tak dtg,
baru ana ganti kelas mereka..hanya Tuhan yg tahu betapa mencabarny jd cikgu ni..ada yg nakal, kita kena diamkan..ada yg pendiam kita kena aktifkan..huhu mcm-mcm ragam budak2 ni..baru ana sedar betapa besar pengorbanan dan jasa cikgu, guru, ust, ustzh ana..terima kasih buat mereka..

Emm tapi seronok, hilang letih bila tengok muka budak-budak ni..maklumla budak-budak kurang dosa, sejuk je..ada soalan yang paling kelakar pernah ditanya budak tahun satu pada ana..dalam tandas petang waktu nak ambil wuduk..tiba-tiba datang sorang budak tanya, "ustzh, ustzh, ustzh dah kahwin belum.." Ya Allah budak ni kecik-kecik dah tahu bab-bab ni..akhirny ana tinggalkn budak ni dgn persoalan..ana jawab "agak-agak kamu..??"..ana senyum dan terus tinggalkn budak tu..kesian dia..^_^

waktu raya, dapat byk kuih raya dari budak-budak ni..murah rezeki alhamdulillah..kira ganti untuk duit raya la..^_^memang pengalamn ni tak blh dilupakan..hidup dikelilingi dengan budak-budak kecil..didik mereka..paling ana tabik kat budak-budak ni, asalkn jumpa je mesti cium tangan dn bagi salam..astaghfirullah, insaf ana..ana pun tak buat cmni..hormat mereka pd guru memang tahap paling top..ustzh lov u all..

Sunday 4 October 2009

Hari Kemenangan...

Kehadiran Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah sesungguhnya menjanjikan suatu limpahan nikmat yang besar dan harus disyukuri oleh umat Islam. Aidilfitri yang bermaksud Hari Raya Fitrah, Hari Raya kesucian manusia.

Hari Raya Fitrah adalah hari kemerdekaan iaitu hari pertama selepas Ramadan di mana orang-orang beriman memperoleh kembali kebebasan diri dan kembali menikmati limpahan rezeki Ilahi selepas sebulan menyerahkan jiwa raga mereka kepada Allah. Ia adalah hari kegembiraan kerana dapat melaksanakan kewajipan dan berkeyakinan memperoleh pahala yang besar di sisi Agama.


Masing-masing ada pengalaman dan kenangan yang tak dapat dilupakan..Alhamdulillah raya kali ini terasa indah kerana dapat beraya bersama keluarga tersayang..dapat pergi beraya ke rumah-rumah saudara dengan izinNya..

Walaubagaimanpun Ramadhan yang berlalu pergi masih terasa kepiluannya..moga-moga kita sama-sama tergolong dikalangan hamba yang terpilih untuk merasai nikmatnya ramadhan yang akan datang..selamat tinggal ramadhan, ku nantikan kedatanganmu pada tahun hadapan..InsyaAllah

Gambar kenangan masa raya pertama lepas bersalam-salaman..

Gambar adik-beradik umi

gambar sepupu-sepupu yang disayangi





Saturday 3 October 2009

Wanita Solehah


Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima habuan syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t. . Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja, iaitu:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:

1- Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?

i) Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
ii) Wajib menutup aurat
iii) Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
iv) Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.
v) Sering membantu dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
vi) Berbuat baik kepada dua ibubapa
vii) Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang
viii) Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
ix) Bersikap baik terhadap jiran tetangga

2. Taat kepada suami

i) Memelihara kewajipan terhadap suami
ii) Sentiasa menyenangkan suami
iii) Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah
iv) Tidak cemberut di hadapan suami
v) Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
vi) Tidak keluar tanpa izin suami
vii) Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
viii) Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
ix) Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
x) Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Apabila kita melihat bahawa punca rendahnya martabat wanita adalah datangnya dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaiamana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita. Faktor-faktor tersebut ialah:

1- Lupa mengingati Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: Ertinya:

" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."
Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan sahaja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakrah atau sebagainya.

2- Mudah tertipu dengan keindahan dunia

Keindahan dunia dan keseronokkannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan setakat itu sahaja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Bukan sedikit yang sanggup menderhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit. Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: Ertinya:
" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."

3- Mudah terpedaya dengan syahwat 4- Lemah iman 5- Bersikap suka menunjuk-nunjuk.


Friday 2 October 2009

Lukluun Khalimat








Bila Allah cepat kabulkan doamu, maka Dia menyayangimu....bila Allah lambat kabulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu....bila Dia tidak kabulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.....kerana kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNya.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...