Friday 23 July 2010

Haruskah begini

Firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 36 : yang bermaksud,

“ dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah, dan janganlah kamu mempersekutukannya dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat dan orang-orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takabur dan suka meninggi-ninggikan diri ”.

Berdasarkan ayat tersebut, dapat difahami bahawa melaksanakan tuntutan sosial sesama umat Islam adalah salah satu tuntutan dalam Islam dan ia merupakan salah satu cabang keimanan kita terhadap Allah s.w.t.

bila baca maksud ayat ni, teringat 1 peristiwa yg berlaku semasa sy dekat hospital..katil nombor 6, kesian dekat pesakit ni dimana ia boleh juga dikatakan dibuang keluarga kerana selama dia sakit sy tengok hanya 1 je ahli kelurga yg dia lawat itu pun bersebab utk ambil diut sokso..

banyak kali juga sy tengok untie ni menangis..lg kesian sebab untie ni tak boleh berjalan sbb dia lumpuh pd bhgn kaki..semua nurse yg akan ganti, tukar pampers, baju, cadar dan ganti bag urin..sebenarnya untie ni dah boleh keluar hospital tapi dia tak nak balik ke rumah..


ada pernah sekali sy bersembang dengan adik untie ni..tanya kenapa tak nak bw balik dan dia ckp sbb tiada siapa yg sanggup jaga dia dan sekarang dia dalam proses untuk mencari rumah org tua..masyaALLAH, tak sangka perkara ni akan berlaku depan mata sy sendiri..

sama-sama kita berdoa semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan melupakan orang yang banya berjasa menjaga kita sejak kecil lagi..Amin............

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...