Wednesday 28 October 2009

Realiti Kehidupan Sekarang..

Bismillahirrahmanirrahim..

Petang tadi waktu sekolah bermula, tiba-tiba guru besar panggil ana..guru besar suruh dapat kan maklumat pelajar yang belum menjelaskan yuran dan contact parent mereka dengan segera..

Ana pun tepon ibu/bapa/penjaga pelajar-pelajar tersebut..dengan bacaan Bismillah, ana pun mulakan operasi menelefon sape-sape yang berkenaan..

Assalamualaikum, ni encik/puan ________ ke..maaf ganggu, saya ustzh salmah dari sekolah _________..nak maklumkan mengikut rekod yuran sekolah, anak encik/puan yang bernama ________ belum menjelaskan yuran dari bulan ______ hingga bulan ______..jadi pihak sekolah minta kerjasama encik/puan menjelaskan sebelum akhir bulan 10..

ni jawapan yang ana terima dari parents yang ana call..

  • eh yeke anak saya tak bayar sebab selalunya sebelum akhir bulan, saya dah jelaskan byaran.
  • ya Allah ustzh, saya lupa..boleh tak ustzh bagi tahu amount berapa.
  • ok ustzh, ustzh bagi anak saya surat berapa yang kena bayar, minggu depan saya jelaskan sebab sekarang saya outstation.
  • anak saya tak bayar lagi ke..? tak pe biar saya tanya isteri saya dulu betul tak.
  • ustzh, saya minta maaf sebab tak bayar..saya betul-betul lupa
DAN MACAM-MACAM LAGILAH RESPON YANG ANA TERIMA....

bukan respon dari parent pelajar yang ana nak kongsi disini tapi ana sedih dengan situasi di atas sebenarnya..ibu/bapa/penjaga terlampau sibuk dengan kerja sampai perkara yang simple tentang anak-anak boleh lupa..

bagi sbht-sbt diluar sana yang bakal/sudah memiliki anak atau bakal/belum mendirikan rumah tangga, jadikan kisah yang tak seberapa ni sebagai peringatan, sebagai pengajaran..jangan disebabkan kesibukan mencari rezeki, kemaslahatan anak-anak terabai..

kesian dengan mereka yang baru mengenal dunia tapi dibiarkan terkontang kanting..ambil berat tentang mereka supaya mereka rasa terpelihara dan tidak akan memilih jalan yang tidak sepatutnya..

anda lah yang bakal mencorak anak-anak anda..jika anda beri tumpuan, perhatian yang sepenuhnya..insyaAllah kain yang anda corakkan itu bakal menjadi kain yang cantik dan mahal harganya..sama-sama kita berdoa supaya menjadi ibu/bapa yang soleh/solehah dan berjaya mendidik anak-anakyang soleh dan solehah serta menjadi keluarga sakinah yang penuh kerahmahtan..wallahu'alam..


Monday 26 October 2009

secebis bingkisan...

Bismillahirrahmanirrahim.....




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..Alhamdulillah syukur diatas segala nikmat yang Engkau kurniakan pada hambaMu yang lemah ini..nikmat yang terlalu banyak yang tidak dapat dihitung dengan jari..moga ana ditempatkan dikalangan hambaMu yang tahu erti syukur dan tidak alpa pada kelazatan nikmat dunia..





Buat keluarga saya yang tercinta..ana uhibbukum fillah..terima kasih terutama kepada umi dan abi kerana bagi didikan yang sempurna buat along..


Abi, penat lelah mu mencari rezeki menjadi idola buat along untuk menyambung tugas abi..kesakitan yang melanda diri abi bukan menjadi batu penghalang untuk abi terus gerak maju ke hadapan..along doakan smoga abi tetap tabah menghadapi ujian..


Umi, kekuatan mu menjadi tulang belakang untuk abi mara ke hadapan..umi menjadi teladan buat along untuk menghadapi cabaran masa-masa akan datang..kesabaran, ketabahan umi..doakan along supaya menjadi seorang muslimah mukminah yang solehah..


Angah, gud luck SPM..along tahu angah gigih dan kuat berusaha mencapai cita-cita..along doakan semoga angah cemerlang dunia akhirat dan yang paling penting menjadi wanita solehah yang disegani..insyaAllah..dan ingat janji kita berdua.........


Adik, wah-wah kecik lagi dia ni 7 tahun tapi perangai macam orang besar..maklumla kakak-kakak dia dah besar..cian dia tak de kawan yang hampir sebaya kat umah..adik contohi sikap dan sifat along dan angah yang baik-baik..yang buruk tu lempar jauh-jauh ya..belajar rajin-rajin..



Saturday 24 October 2009

Sahabat

waktu majlis perpisahan..gambar k.ct je tak ada..tapi k.ct tetap di hati..


Khas buat shbt-shbt yg pernah sama-sama b'juang dalam gerak kerja..........k.nani, k.mus, k.fiza, k.as, k.mas, k.husna, k.ct, k.hajar dan adik syuhada..luv u all, sntiasa dlm ingatan..insyaALLAH=)

Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi


Ya Allah,
Saya muhasabah,
menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,

Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.


Ya Allah,
Sahabat ketawa,
saya gembira,

Sahabat sayu,
saya syahdu,
Sahabat layu,
saya pilu,
Sahabat cemerlang,
saya gemilang


Ya Allah,

Kawan saya,
sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.


Ya Allah,
Sahabat saya,
buah hati saya,

Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta
Rajuk kami membuah ceria.


Ya Allah,
Silaturrahiim kami,
ukhwah fillah,
Bermusuh kami,

na`uzubillah,
Berpisah mati,
insya Allah
Pengubat hati,
do`a rabitah.



gambar iftar di rumah shbt..alhamdulillah time ni semua dapat berkumpul..


Sahabat! Perjuangan kebenaran itu adalah pahit,
Kerana syurga itu manis
.

Sahabat! Perjuangan itu derita sengsara,
Sebab itu pusaka nabi-nabi,
Bukan pusaka Qarun dan Qisra.

Perjuangan beerti miskin,
Kerana dia adalah ia adalah tradisi rasul-rasul,
Amalan sahabat-sahabat, aulia` dan salihin.


Sahabat! Perjuangan itu beerti terkorban,
Kerana ia meminta pengorbanan.

Sahabat! Dalam perjuangan,
Ada yang bangun setelah jatuh,

Ada yang jatuh terus jatuh,
Ada yang tidak mengenal jatuh,
Kerana itu sudah menjadi Sunnah Allah.

Sahabat! Dalam perjuangan,
Jangan terkejut,
Kawan jadi lawan,
Lawan jadi kawan,

Kerana itu sudah menjadi perjalanan hidup.

15 Ogos 1976
Dipetik daripada: Siri sajak Al-Arqam oleh ustaz Asaari

keamanan sejagat..



Monday 19 October 2009

Tamatlah sudah...

Hari ini sudah masuk bulan baru kalau mengikut kalendar Islam iaitu bulan zulkaedah..hari kemenangan berlalu pergi meninggalkan kita..Alhamdulillah lepas maghrib semalam (30 syawal) tempat ana ajar ngaji mengadakan jamuan raya..bermacam-macam perasaan ada

Seronok : dapat layan budak-budak kecil makan..ustazah saya nak air..tengok mereka makan, perut yg lapar boleh jadi kenyang ^_^

Cemas : budak-budak dah ramai yg datang tp majoriti tak bw makanan sebab minggu sebelumnya mereka tak datang jd tak dapat informasi..ana dan shbt ana syuhada terpaksa pergi ke pasaraya beli apa yg patut..nasib baik ustazah ema ada bw bee hon..jadi kami aulakan dulu budak-udak ni ^_^

Kelakar : klas ngaji ada 2 kelas dan tenaga pengajar lain-lain..pelajar yg datang mengaji ada yg adik-beradik dan kami pecahkan mereka ke kelas berasingan..jd yg adik (ngaji kelas ustaz) dapat duit raya rm5..yg abang (ngaji kelas ustzh) dapat rm 1..si abang naik atas semula lepas bersalam jumpa kami tanya "ustazh knapa adik sy dpt rm5 mana adil" terperanjat kami semua..^_^ macam-macam

Syukur : Alhamdulillah jamuan raya yg tak seberapa ni berjalan dengan jayanya..syukran shbt-shbt yang sama-sama membantu..^_^

Friday 9 October 2009

Pertama Kali...........

salam..apa khbr kepada shbt-shbt yg dikasihi..
nak kongsi pengalaman pertama kali jadi ustazah dekat sekolah..
KAFA Intregasi al-Insan, shah alam ..itulah sekolah yang mula-mula ana tabur bakti..
tak dela besar mana jasa tapi pengalaman kat sana memang sronok..
mula-mula sampai blur2 je tapi alhamdulillah ustzh kat sana semua baik-baik dan byk bg tunjuk ajar..

Dekat sana ana lebih jaga bhgn yuran budak-budak..kalau ada ust/ustzh yg tak dtg,
baru ana ganti kelas mereka..hanya Tuhan yg tahu betapa mencabarny jd cikgu ni..ada yg nakal, kita kena diamkan..ada yg pendiam kita kena aktifkan..huhu mcm-mcm ragam budak2 ni..baru ana sedar betapa besar pengorbanan dan jasa cikgu, guru, ust, ustzh ana..terima kasih buat mereka..

Emm tapi seronok, hilang letih bila tengok muka budak-budak ni..maklumla budak-budak kurang dosa, sejuk je..ada soalan yang paling kelakar pernah ditanya budak tahun satu pada ana..dalam tandas petang waktu nak ambil wuduk..tiba-tiba datang sorang budak tanya, "ustzh, ustzh, ustzh dah kahwin belum.." Ya Allah budak ni kecik-kecik dah tahu bab-bab ni..akhirny ana tinggalkn budak ni dgn persoalan..ana jawab "agak-agak kamu..??"..ana senyum dan terus tinggalkn budak tu..kesian dia..^_^

waktu raya, dapat byk kuih raya dari budak-budak ni..murah rezeki alhamdulillah..kira ganti untuk duit raya la..^_^memang pengalamn ni tak blh dilupakan..hidup dikelilingi dengan budak-budak kecil..didik mereka..paling ana tabik kat budak-budak ni, asalkn jumpa je mesti cium tangan dn bagi salam..astaghfirullah, insaf ana..ana pun tak buat cmni..hormat mereka pd guru memang tahap paling top..ustzh lov u all..

Sunday 4 October 2009

Hari Kemenangan...

Kehadiran Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah sesungguhnya menjanjikan suatu limpahan nikmat yang besar dan harus disyukuri oleh umat Islam. Aidilfitri yang bermaksud Hari Raya Fitrah, Hari Raya kesucian manusia.

Hari Raya Fitrah adalah hari kemerdekaan iaitu hari pertama selepas Ramadan di mana orang-orang beriman memperoleh kembali kebebasan diri dan kembali menikmati limpahan rezeki Ilahi selepas sebulan menyerahkan jiwa raga mereka kepada Allah. Ia adalah hari kegembiraan kerana dapat melaksanakan kewajipan dan berkeyakinan memperoleh pahala yang besar di sisi Agama.


Masing-masing ada pengalaman dan kenangan yang tak dapat dilupakan..Alhamdulillah raya kali ini terasa indah kerana dapat beraya bersama keluarga tersayang..dapat pergi beraya ke rumah-rumah saudara dengan izinNya..

Walaubagaimanpun Ramadhan yang berlalu pergi masih terasa kepiluannya..moga-moga kita sama-sama tergolong dikalangan hamba yang terpilih untuk merasai nikmatnya ramadhan yang akan datang..selamat tinggal ramadhan, ku nantikan kedatanganmu pada tahun hadapan..InsyaAllah

Gambar kenangan masa raya pertama lepas bersalam-salaman..

Gambar adik-beradik umi

gambar sepupu-sepupu yang disayangi





Saturday 3 October 2009

Wanita Solehah


Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima habuan syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t. . Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja, iaitu:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:

1- Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?

i) Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
ii) Wajib menutup aurat
iii) Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
iv) Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.
v) Sering membantu dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
vi) Berbuat baik kepada dua ibubapa
vii) Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang
viii) Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
ix) Bersikap baik terhadap jiran tetangga

2. Taat kepada suami

i) Memelihara kewajipan terhadap suami
ii) Sentiasa menyenangkan suami
iii) Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah
iv) Tidak cemberut di hadapan suami
v) Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
vi) Tidak keluar tanpa izin suami
vii) Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
viii) Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
ix) Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
x) Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Apabila kita melihat bahawa punca rendahnya martabat wanita adalah datangnya dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaiamana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita. Faktor-faktor tersebut ialah:

1- Lupa mengingati Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: Ertinya:

" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."
Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan sahaja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakrah atau sebagainya.

2- Mudah tertipu dengan keindahan dunia

Keindahan dunia dan keseronokkannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan setakat itu sahaja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Bukan sedikit yang sanggup menderhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit. Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: Ertinya:
" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."

3- Mudah terpedaya dengan syahwat 4- Lemah iman 5- Bersikap suka menunjuk-nunjuk.


Friday 2 October 2009

Lukluun Khalimat








Bila Allah cepat kabulkan doamu, maka Dia menyayangimu....bila Allah lambat kabulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu....bila Dia tidak kabulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.....kerana kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNya.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...