Friday 16 September 2011

RADIO

Di suatu petang yang hening, tiba-tiba adik berkata.

Adik : ngah, radio tu angah bukak ke radio sendiri yang bukak

Angah : Jap-jap nak tanya, radio tu ada tangan sendiri ke nak bukak

Dengan muka yang tension adik berkata " angah ni, orang cakap betul-betul main-main pula"

Angah : Betulkan apa yang angah cakap..radio tu ada tangan sendiri ke nak buka lagu..??? mestila angah yang buka tadi

Adik : angah ni!!!!!!!! betul-betul la.

Along : Dah-dah..lawak la korang ni..adik, mestila angah yang buka radio tu..cuba fikir takkan radio tu berfungsi tiba-tiba. mesti ada tangan yang menekannya. radio bukan benda yang bernyawa.

Adik : Hehe betul jugakan, radio mana boleh buka sendiri

Dalam hati along berkata. macam-macam ragam adik-adik aku ni. dengan ragam diorang nila buat aku gembira. tengok muka angah, nampak adik. tengok muka adik nampak angah. senyum sendiri dalam hati.

Wednesday 14 September 2011

Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan

Keputusan:
Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

  1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
  2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
  3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
  4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
  5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.

  6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dankuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
  7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranyaalkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

Sunday 11 September 2011

Tudung..????


Allah berfirman : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yng beriman....hendaklah mereka menutup belahan dadanya dengan tudung kepala mereka." (Sebahagian dari ayat 31 surah An-Nur) Berdasarkan ayat ini, maka memakai tudung bukan sekadar untuk menutup kepala dan rambut, tetapi hendaklah dilabuhkan ke hadapan sehingga menutup buah dada mereka. Ini adalah kawasan yang paling kerap didedahkan oleh fesyen pakaian wanita, sedangkan inilah kawasan yang sepatutnya ditutup dengan pakaian, kemudian ditutup lagi dengan kain tudung.

Monday 5 September 2011

Salam Eid' Mubarak


Salam Aidilfitri buat semua yang mengenali diri ini. Sedar tak sedar hampir 2 minggu kita merayakan aidilfitri tahun ini. Aidilfitri tahun terasa begitu lain, dalam kegembiraan terselit juga duka kerana kehilangan seorang insan yang disayangi arwah atuk Baharudin bin Mat Seh awal bulan 4 tahun ni dan terimbas kenangan bersama arwah odang Hamzah bin Mohd yang sudah meninggalkan dunia yang fana ini lebih kurang 17 tahun. (Al-fatihah buat mereka berdua)

Tahun 2011 diri ini sering terdengar berita kematian dari keluarga, kawan-kawan, bos. Kematian dari setiap peringkat umur, dari muda hingga tua. Kesimpulannya ajal tidak kira tua atau muda. Maka persiapkan diri dengan amalan-amalan yang akan menjadi teman kita semasa di alam barzakh dan alam akhirat.

Firman Allah yang bermaksud : "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Al-Imran : 185)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...