Sunday, 1 January 2012

Hikayat ‘Study’ Salaful Ummah



Diambang peperiksaan ini, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah caranya untuk kita menguasai ilmu? Jawapannya, kita mesti menjejaki cara ulama salaf memeras keringat dalam mencari gali ilmu. Ini kerana lafaz “سلك” dalam hadith (( من سلك طريقا...إلخ )) ditafsirkan oleh ulama sebagai ‘melalui jalan yang telah dilalui’. Di samping itu, ilmu yang menyinari dada-dada mereka telah membuktikan keberkatan manhaj yang mereka lalui.

Para masyayikh seringkali berpesan agar kita sering menghayati kisah-kisah ulama silam meredah belukar berduri bagi mengisi ilmu di hati. Bukan mudah merasa manisnya madu kalau tidak dipanjat pohon tualang. Takkan dijumpa mutiara berharga kalau tidak diselam lautan yang dalam. Imam Al-Junaid menyebut: “ Hikayat-hikayat adalah tentera dari tentera-tentera Allah, dengannyalah tubuh badan penuntut menjadi kuat”.

Diceduk dari Kitab Manhaj Sawiy Habib Zain Sumait hafizullah:
Pengarang Kitab Muhazzab, Tanbih, Luma’ dan lain-lain, Al-Imam Abu Ishak As-Shirazi berkata: “Aku mengulang setiap pelajaran 100 kali”. Bahkan diceritakan beliau mengulang sebanyak 1000 kali.
• Sayyidi Ahmad bin Zain Al-AlHabsyi mengulang pelajaran sebanyak 25 kali.
Anak murid Syeikhul Islam Zakaria Al-Ansori, Imam Ibnu Hajar Al-Haitami berkata: “Aku pernah menderita kelaparan di Jami Azhar, suatu penderitaan yang tidak tertanggung oleh kekuatan manusia jika tidak dengan pertolongan Allah Azza wa Jalla dan taufiqNya, dimana aku menetap disana selama 4 tahun dengan tidak menjamah daging kecuali satu malam ketika kami dijemput untuk makan. Disebabkan daging tersebut masih belum di bakar, kami pun menunggu sehingga larut malam. Namun, setelah dibawa kepada kami, daging itu telah hangus. Aku langsung tidak dapat menjamahnya”.
As-Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan mengulang setiap pelajaran sebanyak 16 kali, dan menghafalnya sebanyak 4 kali.
As-Syeikh Ahmad bin Musa bin Ujail membaca Kitab Risalah Imam Syafie sebanyak 500 kali.
• Pengarang Kitab As-Shihr, As-Syeikh Fadhl bin Abdillah membaca Sahih Al-Bukhari sebanyak 1000 kali.
• Diceritakan ada sebahagian ulama India ketika menghafal Al-Quran mengulang setiap maqra’ sebanyak 1000 kali.
• Pernah Al-Imam Muhammad bin Alawi At-Tarimi terbakar serbannya sebanyak 13 kali disebabkan terlalu khusyuk bermutalaah. Apabila mengantuk, beliau akan keluar ke pantai untuk ‘study’ sehingga habis sebahagian malam atau keseluruhannya.
• As-Sheikh Abdur Rahman bin Ali pernah membaca Kitab Ihya sebanyak 40 kali kepada bapanya dan 40 kali dibacakan kepadanya.
• As-Sayyid Ahmad bin Husain Al-Idrus pernah meminang sepupunya namun ditolak bapanya. Lantas beliau bernazar akan membaca seluruh Kitab As-Syifa dalam satu malam dengan pelita yang dipegang oleh sepupunya itu jika beliau dapat berkahwin dengannya. Hajat beliau tercapai dan nazar beliau dilaksana serta merta setelah beliau dinikahkan.

Dari Kitab Shofahat Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah rahimullah:
• Al-Imam Abul Hasan Al-Qattan Al-Qazwini berpuasa selama 30 tahun dan berbuka hanya dengan roti dan garam, segalanya disebabkan ilmu.
• Al-Khatib At-Tibrizi pernah bermusafir dari Tibriz ke Ma’arrah berjalan kaki untuk bertemu dengan Al-Imam Abil ‘Alaa Al-Ma’arri bagi mentahkik dan mempelajari Kitab At-Tahzib Imam Abi Mansur Al-Azhari. Beliau meletak kitab tersebut didalam kantung dan memikulnya di atas bahu. Kini, sesiapa yang melihat nuskhah tersebut pasti akan menyangka ia pernah tenggelam dalam air, tetapi sebenarnya ia basah disebabkan peluh Khatib Tibrizi.
• Disebabkan kesejukan yang melampau dalam perjalanannya menuntut ilmu, Al-Imam Abul Fityan Umar bin Abdul Karim Ar-Rawwasi putus jarinya dan Al-Imam Zamakhshari putus sebelah kakinya.
• Faqih Maliki Al-Imam Muhammad bin Sahnun mempunyai seorang hamba perempuan yang bernama Ummu Mudam. Pada satu hari, Ibnu Sahnun sibuk menulis sehingga malam. Hidangan telah tersedia dan Ummu Mudam meminta izin agar Ibnu Sahnun menjamah hidangan itu. Beliau berkata kepadanya: “Aku sibuk sekarang”. Setelah Ibnu Sahnun membuat Ummu Mudam lama menunggu, Ummu Mudam pun menyuapkan Ibnu Sahnun makanan sedang beliau terus mengarang. Apabila azan subuh berkumandang, Ibnu Sahnun pun berkata: “Aku sibuk malam tadi wahai Ummu Mudam. Bawakan aku hidangan”. Ummu Mudam pun berkata: “ Demi Allah wahai tuanku, aku telah suapkanmu”. Beliau pun menjawab: “Aku tak sedar akannya”
• Dua kali Al-Hafiz Muhammad bin Tahir Al-Maqdisi kencing berdarah disebabkan perjalanan yang panjang dan cuaca panas yang bersangatan untuk menuntut hadith.
• Pelajar-pelajar Al-Imam Ali Al-Madini sering berebut-rebut ke majlis pengajian beliau. Mereka akan menunggu dari waktu asar dan duduk di tempat tersebut sepanjang malam untuk pengajian esok hari. Ada di kalangan mereka yang sanggup untuk kencing didalam ‘toilasan’ (sejenis pakaian ulama besar zaman dulu)kerana bimbang tempatnya diambil orang.
• Ketika keberadaan Ibnu Abi Hatim di Mesir, selama 7 bulan beliau tidak menghirup sup. Siang beliau bersama masyayikh dan pada waktu malam beliau sibuk menyalin pengajian bersama rakan-rakan. Pernah beliau makan ikan yang hampir busuk tanpa dimasak setelah 3 hari membelinya. Ini disebabkan beliau pergi menghadiri kelas talaqqi.
• Abu Ali Al-Qali Al-Baghdadi pernah keluar sebelum subuh untuk menghadiri majlis Al-Imam Ibnu Mujahid. Setelah sampai ke satu jalan, beliau mendapati ianya telah ditutup. Beliau pun memasuki sebuah lubang bawah tetapi tersepit didalamnya. Namun, beliau menembuskan juga diri sekuat-sekuatnya sehingga terkoyak baju dan daging sehingga nampak tulangnya. Akhirnya, beliau berjaya juga ke majlis pengajian walaupun dalam keadaan tersebut.
• Pernah di Basrah, Al-Imam Al-Bukhari bertelanjang disebuah rumah disebabkan habis duit belanjanya sehinggalah anak-anak murid beliau menjumpainya dan membelikan beliau pakaian. Di Asqalan pula, Imam Bukhari, disebabkan sebab yang sama, beliau memakan rumput. Beliau tidak mengkhabarkan keadaan tersebut kepada sesiapa selama 3 hari sehinggalah datang seorang yang tidak dikenali memberikan beliau sebuah bungkusan berisi dinar untuk beliau berbelanja.

Cukuplah sekadar itu dahulu. Biarlah sikit tapi berkat, dari yang banyak tiada manfaat. Masih begitu banyak lagi hikayat salaful ummah dalam meniti kehidupan sebagai penuntut ilmu. Sebahagiannya tidak mampu dijangkau oleh pemikiran kita. Segalanya berlaku dek keikhlasan mereka ingin memperjuangkan agama suci ini. Mereka belajar bukanlah untuk bermegah dengan segulung ijazah, kemasyhuran, dan pujian. Bukan juga untuk memenuhkan masa lapang atau dipaksa orang atau untuk menjadikan ilmu itu sebagai modal untuk menyara kehidupan. Jauh sekali sifat-sifat ini berada dalam jiwa mereka.

Menuntut ilmu adalah untuk mengenal dan melaksanakan segala perintah Allah Taala dan menjauhi segala laranganNya. Agar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam mengaku kita sebagai umatnya.

Ahibbati fiLlah! Jauh beza pengorbanan yang telah para ulama curahkan jika hendak dibandingkan dengan apa yang telah kita katakan; kita telah lakukan. Semoga apa yang dihikayatkan di atas, dapat dijadikan motivasi kepada kita semua. Bukan untuk imtihan semata-mata, bahkan untuk selama-lamanya. Seeru ‘ala barakatiLlah!! Sekian.

Yang menaqalkan,
faisolomartaib,
sahibul khotoya.
Ghafarallahu lahu wa liwalidaihi!


P/S: Kisah-kisah diatas diterjemah secara bebas dan diringkaskan oleh penulis untuk memudahkan kefahaman pembaca. Bacalah satu-persatu dengan bertadabbur.

Thursday, 20 October 2011

Akan tiba masanya


Assalamualaikum wbt

Tiba-tiba diri ini terasa nak menulis tentang jodoh..ramai yang bertanya Cik Salmah bila nak kahwin ni..??? maklumlah dah meningkat umur, bakal menyambut hari kelahiran yang ke - 23 bulan depan..tua dah, tua ke..??? jawapan ada pada diri masing-masing..erm nak bagi jawapan apa ya pada pertanyaan bila nak kahwin..?? insyaAllah tengah menunggu seseorang (ana hadiahkan al-fatihah sebagai pengikat hati), hanya ALLAH yang berhak dan mengetahui masa yang sesuai untuk kami bersatu..^_^

Nak dapat calon suami yang baik dan soleh kita perlulah berusaha menjadi baik dan solehah dulu..pasti ramai yang dah tahu tapi kadang-kadang terlupa..bukan mudah untuk melayari sebuah bahtera yang penuh onak liku tanpa iman dan ilmu..pesanan kepada calom suamiku (ceceh siapa la tu, Allah tau jawapannya) sama-sama ya kita berusaha ke arah kebaikan..apabila sampai masanya, kita bersedia dan sama-sama untuk jatuh bangun dalam melayari kehidupan alam rumah tangga..

Cinta yang ana impikan adalah cinta yang suci selepas perkahwinan, bukan cinta angan-angan yang ditaburi janji-janji manis kosong sebelum mengikat sumpah janji di depan Allah dan manusia, untuk menjaga diri ini dan zuriat sampai ke syurgaNya..


رسالة إلى مرشحين زوجي,

Assalamualaikum wrh wbt

Ke hadapan calon suami ana yang Allah telah tetapkan sejak azali lagi (hanya Allah yang mengetahui siapa dirimu)..

Apa khabar iman enta hari ini, sudahkah hari enta diawali dengan rasa syukur kerana masih dapat menatap kembali dunia yang penuh ranjau ini..sudahkah wajah enta dibasahi dengan air wuduk yang bisa menyegarkan kembali ingatanmu bahawa nikmat Allah tiada nilainya pada kita..

Tahukah kamu bahawa Allah sekarang tengah menguji diri ini untuk menjadi lebih dewasa dan matang dalam pemikiran..Ana tau bahawa Allah sangat menyayangi diri ini sehingga dia menghantar pelbagai liku supaya diri ini lebih dekat dan mengingatiNya..Meskipun kadang-kadang terasa putus asa tetapi ketahui lah diri ini akan tetap cuba bangun dengan harapan hari akan datang lebih cerah..

Calon suami ana...

Entah bagaimana dan dimana dirimu sekarang, tetapi ana yakin Allah juga mencintai enta sepertimana Dia mencintai diri ana..Ana yakin Dia sedang melatih diri enta supaya menjadi mujahid yang kental..Apa yang ana harapkan hanyalah kesolehan enta, semoga sama halnya dengan diri enta..Kerna kecantikan ana yang enta harapkan hanyalah satu perkara yang sia-sia belaka..

Ana berada diambang kehausan ilmu, namun berbekalkan ilmu yang sedikit ini moga-moga dapat menjadi isteri yang diredhai Allah..Ana ini seorang yang pencemburu tetapi jika Allah dan rasul lebih engkau cintai berbanding diri ini, amat ana relakan..Dan begitulah sebaliknya..

Sekadar ini coretan yang dapat ana titipkan..Semoga diri enta sentiasa dibawah rahmat dan lindungan Ilahi..Ana akan tunggu masa yang sesuai untuk menjadi permaisuri dalam kerajaan yang bakal enta bina..Ana mengetahui bahawa Allah menginginkan kita bertemu pada waktu yang tepat dan Dia akan membuat segalanya indah pada waktu yang telah Dia tentukan..


Monday, 17 October 2011

Ujian Rahmat Allah

Kadang-kadang kita rasa tidak mampu untuk menanggung beban ujian yang menimpa diri sehingga rasa tidak mampu berdiri. Hati cuba pujuk ingatlah Allah itu sentiasa dekat dengan kita, ujian yang diberikan sebenarnya adalah kerana Dia amat rindu untuk mendengar suara hambaNya yang amat-amat dikasihi. Sabar dan syukur diatas segala ujian, ada pahala diatas segala kesabaran dan kesyukuran. InsyaAllah akan ada sinar kebahagiaan menunggu dimasa akan datang. Ya Rahman, Ya Rahim, jadikanlah hambaMu ini termasuk dalam golongan hamba-hamba yang sentiasa bersyukur. Amin.........

Secara sedar atau tidak sedar ujian sebenarnya mengajar kita agar lebih matang serta sentiasa berfikiran positif dan terbuka . Janganlah mudah mengeluh, Janganlah mudah berputus asa..Ingatlah rahmat, rezeki Allah amat luas.


video

Friday, 16 September 2011

RADIO

Di suatu petang yang hening, tiba-tiba adik berkata.

Adik : ngah, radio tu angah bukak ke radio sendiri yang bukak

Angah : Jap-jap nak tanya, radio tu ada tangan sendiri ke nak bukak

Dengan muka yang tension adik berkata " angah ni, orang cakap betul-betul main-main pula"

Angah : Betulkan apa yang angah cakap..radio tu ada tangan sendiri ke nak buka lagu..??? mestila angah yang buka tadi

Adik : angah ni!!!!!!!! betul-betul la.

Along : Dah-dah..lawak la korang ni..adik, mestila angah yang buka radio tu..cuba fikir takkan radio tu berfungsi tiba-tiba. mesti ada tangan yang menekannya. radio bukan benda yang bernyawa.

Adik : Hehe betul jugakan, radio mana boleh buka sendiri

Dalam hati along berkata. macam-macam ragam adik-adik aku ni. dengan ragam diorang nila buat aku gembira. tengok muka angah, nampak adik. tengok muka adik nampak angah. senyum sendiri dalam hati.

Wednesday, 14 September 2011

Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan

Keputusan:
Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

  1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
  2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
  3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
  4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
  5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.

  6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dankuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
  7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranyaalkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

Sunday, 11 September 2011

Tudung..????

Allah berfirman : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yng beriman....hendaklah mereka menutup belahan dadanya dengan tudung kepala mereka." (Sebahagian dari ayat 31 surah An-Nur) Berdasarkan ayat ini, maka memakai tudung bukan sekadar untuk menutup kepala dan rambut, tetapi hendaklah dilabuhkan ke hadapan sehingga menutup buah dada mereka. Ini adalah kawasan yang paling kerap didedahkan oleh fesyen pakaian wanita, sedangkan inilah kawasan yang sepatutnya ditutup dengan pakaian, kemudian ditutup lagi dengan kain tudung.

Ada pun fesyen tudung mini yang tidak sampai menutup buah dada atau tudung yang diikat ke belakang kepala, leher atau bahu, ia tidak menepati syari'at Islam. Selain itu, tudung yang nipis dan tudung yang dipakai untuk menunjuk-nunjuk juga tidak mengikut sepertimana yang telah ditetapkan dalam syari'at Islam.

Isu berkaitan pemakaian tudung. Trend ini lah dimana ramai golongan muslimat meniru dan mengikut tanpa merujuk kepada golongan-golongan yang tertentu. Hatta sesetengah yang belajar dan mengajar agama masih lagi mengikut cara ini dan mereka tidak jelas dengan cara etika pemakaian dalam islam yang sebenar. Mereka memberi alasan bahawa inilah trend dan fesyen sekarang dan kami pakai tutup aurat tidak nampak rambut. Tetapi mereka tidak perasan yang fesyen ini sebenarnya telah menampakkan aurat mereka.


Beginilah cara mereka(fahaman Kristianisasi) merosakkan akidah umat islam melalui pakaian,hiburan dan macam-macam lagi

Satu perkara lagi yang perlu diambil berat dalam pemakain tudung iaitu pakai nampak sanggul. Ada sebuah hadith menyatakan:

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidak akan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim)


Hasil Nukilan : KENITRI