Monday 17 September 2012

3 tahun vs tahun 3

Tengahari : "along, along tengah buat apa..???" "along tengah ambil wuduk.." "Wafi (budak yg ummi jaga, umur 3 tahun) dah solat..?" "dah cikgu..." "eh bila along jadi cikgu wafi..???"

Petang.."ok murid 3 Abu bakar, siapa yg tak solat zuhur tadi, tolong bangun.." Ya Allah, ramainya hampir separuh kelas. "Apa alasan kamu tak solat zuhur tadi.."
- tak sempat ustazah, balik sekolah kebangsaan lambat, 20 minit je ada..tapi makan sempat
- mak ayah saya tak suruh ustazah
- saya terlupa ustazah

Tiba-tiba terdetik dalam hati..budak 3 tahun boleh tunaikan solat, takkan budak darjah 3 yg dah berumur 9 tahun tak boleh tunaikan solat yg memerlukan masa hanya 5 minit..kenapa boleh terjadinya masalah ini..??? tepuk dada, tanya iman..adakah perkara ini perlu dipandang remeh..??? apa akan jadi apabila mereka besar, sekiranya dari kecil tidak dilatih menunaikan solat..???
Dalam islam amat menitik beratkan tentang solat dari kecil..Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila berusia tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya bila berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah mereka di tempat tidur. (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Al - Hakim)..Pepatah melayu sendiri ada mengatakan melentur biarlah dari rebungnya..

Ada anak murid yg pernah tanya, kenapa kita kena solat ustazah..?? ustazah nak tanya..kamu suka tak dapt duit banyak..?? tentu suka..begitu juga dengan solat..banyak ganjaran yg kita dapat tapi kita takkan nampak dengan mata kasar, sebab Allah nak rahsiakn dari kita supaya kita benar-benar ikhlas melakukannya..

Banyak keistimewaan yg kita dapat..antaranya :
- Pahala
- Dekat dengan Allah dan dijelaskan dalam surah Thaaha, ayat 14, bermaksud: “Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku, oleh itu sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.”
- Dipermudahkan segala urusan
- Hati menjadi tenang
- Mendapat keberkatan hidup
- Penghapus dosa
- Mencegah dari melakukan kemungkaran

Mereka yg tidak menunaikan solat tetapi masih dilimpahkan harta kekayaan yg meluas, itu dipanggil istidraj..diberi kekayaan tetapi tiada keredhaan Allah dan menambah kejahilan mereka sehingga Allah menimpakan balasan di atas kelalaian mereka..

Anak-anak walaupun sederhana akademiknya tetapi cemerlang sahsiahnya, cemerlang akhlaknya, mantap imannya adalah kredit untuk ibu bapa masuk ke syurga.." Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku serta kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani diriku sejak kecil lagi.."


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...