Wednesday 22 December 2010

Senyum

Kacak luar, Kacak dalam, Kacak dengar sini, Kalau saya senyum Awak mesti senyum sekali, Kalau kita senyum, Semua orang berjangkit Bila semua orang senyum, Dunia tiada penyakit
Chorus

Senyum Tak perlu kata apa-apa, Senyum Tak perlu kata apa-apa Senyum Tak perlu kata apa-apa, Senyum tak perlu kata apa-apa

sebahagian lirik lagu senyum nyanyian malique ft najwa..

petang tadi rakan sekerja ku belanja makan donat..erm comel donat tu sebab bentuk muka smile..sayangnya nak makan tapi kalau tak makan, berkul
at pula dia dah kira membazir..tiba-tiba terfikir donat pun senyum apatah lagi ada manusia yang jarang sekali nak senyum


erm senyum, senyum, senyum..ada apa dengan senyum ya..


Kata Saidina Umar, “Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.” (Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban) Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan..Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar..Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru..

Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah..Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik.. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu.. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain..Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan..tak perlu keluarkan wang, harta, tenaga yang banyak untuk satu sedekah tersebut..jadi lepas ni marilah sama-sama kita menghadiahkan senyuman pada orang lain..

jom senyum sama-sama

Wednesday 8 December 2010

SALAM MAAL HIJRAH





Ya ALLAH, kami mohon pada Mu agar pelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu-kuncu dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong ke arah kejahatan). Kami juga mohon pada Mu Ya ALLAH akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebaikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu. Ya ALLAH, Tuhan yang sebaik-baik mengurniakan rahmat..SALAM MAAL HIJRAH 1432 H..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...