Wednesday 13 October 2010

Membina Keyakinan Melalui Minda


Manusia kebanyakan lahirnya sama, cuma cara didikannya lain. Cara didikan sewaktu kecil banyak mempengaruhi kehidupan waktu besar.

Ada juga yang lahirnya dianugerahi oleh Allah pengetahuan dan sifat yang luar biasa. Didikan terus daripada tuhan.

Mutakhir ini, ramai orang yang sudah kehilangan keyakinan diri akibat tersalah cara didikan. Bukan setakat tiada keyakinan diri, malah tiada juga 'common sense'. Terlalu susah untuk hidup bermasyarakat.

Semasa Kecil

Didikan keyakinan diri semasa kecil sangat penting. Ibu bapa perlu sentiasa memberi peluang kepada anak-anak. Contohnya memberi peluang untuk anak memberi pandangan dan bercakap walaupun suatu perkara itu tidak bernas. Itu hanya pandangan dan idea.

Ibu bapa juga jangan terlalu cepat melarang akan sesuatu perkara. Saya kemukan satu contoh kehidupan di sebuah negara di barat. Mereka melatih anak-anak mereka sentiasa berani mencuba. Suatu ketika di taman permainan, seorang anak lingkungan tiga tahun sedang cuba memanjat papan gelongsor sambil diperhatikan oleh kedua ibubapanya. Tindakan itu bagi anak yang berumur tiga tahun adalah bahaya.

Ibubapa tersebut hanya memberitahu kepada anak tersebut bahawa perkara itu bahaya, tetapi tidak sekali-kali melarang. Budak itu terus mencuba memanjat sehingga berjaya ke atas. Sikap melatih anak berani mencuba sangat digalakkan. Ini satu sifat positif yang boleh kita ambil dari barat walaupun mereka banyak juga yang negatifnya.

Malu atau Takut? Kedua-duanya berkaitan keyakinan diri.

Lihat sahaja di IPT mana-mana pun, pelajar-pelajar takut sahaja untuk berjumpa atau menjawab soalan yang diberikan oleh pensyarah dalam kuliah, semua nya kerana takut salah!..punca takut salah adalah kerana tiada keyakinan diri.

Ia berlaku dimana-mana sahaja, bukan sahaja di IPT-IPT malah semua tempat. Puncanya semua sama. Tiada keyakinan diri.

Terlalu merisaukan kata orang juga adalah faktor kehilangan keyakinan diri. Contohnya anda terlalu risaukan kata kawan anda jika anda berpendapat seperti itu dan ini, maka akhirnya anda terus senyap......akhirnya kaku dan beku...

Kelebihan Manusia

Minda manusia boleh menentukan perilaku manusia melalui imaginasi sebelum berlaku perbuatan. Contohnya seorang pengerusi sebuah majlis yang di arahkan untuk menceriakan dewan, tentu sahaja dia berimaginasi terlebih dahulu keadaan-keadaan yang bakal berlaku dan bagaimana dia bakal menangkap suasana di dewan itu nanti.

Perkara ini semua berkaitan dengan minda dan keyakinan diri, jika setiap hari minda dilatih dan dibasuh dengan perkataan 'TIDAK BOLEH' maka hasilnya tidak boleh juga. Demikian juga sebaliknya.

Lihat sahaja sejarah tentera islam yang diketuai oleh sultan Muhammad Al-Fateh yang menawan Constantinople (Istanbul). Beliau sudah pun terlalu lama berimaginasi untuk menawan kota tersebut, setiap hari dengan diiringi solat dan doa beliau menyusun strategi dan sentiasa berimaginasi tentang semua keadaaan yang bakal berlaku. Ini yang menjadikan beliau hebat. Begitu juga beberapa pemimpin yang lain.

Cuba Latih Minda Setiap Hari

Oleh itu, apa yang anda imaginasikan pastikan ia positif dan seterusnya anda melakukannya di alam nyata. Minda manusia sangat hebat. Ibarat seluruh cakerawala yang ada di dalam otak. Kepantasannya juga mengalahkan komputer yang canggih. Cuma untuk mencapai semua itu, ia memerlukan tuan minda yang sentiasa melatih minda supaya sentiasa positif.

Kepada anda juga, jangan terus suka menghukum dan menyalahi orang yang sedang cuba membina keyakinan diri. Ia tidaklah dibina dalam tempoh yang singkat, malah ia panjang. Jadi dalam tempoh yang panjang itu mungkin sahaja berlaku pelbagai kesilapan. Biasalah, ia adalah proses! kalau terus berjaya bukan manusia namanya itu. Sentiasalah berlapang dada!

Terus menerus melatih, cuba mencari peluang dimana-mana supaya keyakinan diri itu datang secara lansung semasa mencuba. Jangan takut salah! Orang yang takut salah adalah orang yang susah untuk berjaya. Maka berhati-hatilah kerana itu lebih baik.

http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/957-membina-keyakinan-melalui-minda.html



Seorang gadis kecil bertanya pada ayahnya, "Abi ceritakan padaku tentang Akhwat sejati?".

Sang ayah pun menoleh sambil kemudian tersenyum, "Anakku....."

Seorang akhwat sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya, tetapi dilihat dari kecantikan hati yang ada di baliknya.

Akhwat sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya.

Akhwat sejati bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang ia berikan tetapi dari keikhlasan ia memberikan kebaikan itu.

Akhwat sejati bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.

Akhwat sejati bukan dilihat dari kebolehannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara.

Sang ayah diam sejenak sembari melihat ke arah putrinya. "Lantas apa lagi Abi?", sahut putrinya.

"Ketahuilah putriku ..."

Akhwat sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya.

Akhwat sejati bukan dilihat dari kekhawatirannya digoda orang di jalan tetapi dilihat dari kekhawatiran dirinyalah yang mengundang orang jadi tergoda.

Akhwat sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauhmana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa syukur.

"Dan ingatlah ..."

Akhwat sejati bukan dilihat dari sifat peramahnya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauhmana ia dapat menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.

Setelah itu sang anak kembali bertanya, "Siapakah yang dapat menjadi kriteria seperti itu, Abi?"

Sang ayah memberikannya sebuah buku dan berkata,"Pelajarilah mereka!"

Sang anak pun mengambil buku itu dan terlihatlah sebuah judul "Isteri Rasulullah"

Tuesday 12 October 2010

:::CiNta SeOraNG PEmuDA:::


Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita (isteri) saya, cantik betul.

Sungguh!

Sampai saya takut nak pengang.

bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jemari-jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di suatu hari yang amat dasyat di hadapan Yang Maha Esa.


Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul…

sungguh!

Sebab itu saya belikan dia tudung.

Bukanya cemburu orang lain tengok, bukan!

Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila…

takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan yang Maha Pencipta!


Saya suka sangat tengok body teman wanita (isteri) saya…

solid betul.

Sungguh!

Sebab itu saya belikan dia telengkung supaya masa ‘dating dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya.

Saya pun tumpang dapat pahala…

syoknya!


Saya sedih sangat bila tengok teman wanita (isteri) saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya.

Saya pun macam itu juga.

Si dia tanya, ‘Apa ubatnya, bang?’

saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa…

semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.


Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam;

“Makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok…nanti awak sakit saya juga yang susah hati…bla bla bla bla.”

Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu sahaja, dia tidak kata apa pun.

Aduuuuh…

berdosanya saya!

Saya memang sayang sangat pada dia.

Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya.

Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber‘dating’di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.


Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi.

Ya Allah, ampunkanlah kami…

semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga nanti. Amin…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...