Monday 26 July 2010

Golongan Padang Mahsyar


Pagi tadi saya & umi tengok siaran tanyalah ustaz tv9..maklumlah tengah cuti sekarang, jadi ambil peluang ni tengok/buat apa-apa aktiviti yg jarang dibuat semasa bekerja..menarik sunggung topik yg dibentangkan oleh Tuan Guru Dato' Dr Haron Din iaitu 'Padang Mahsyar'

walaupun sering kita dengar tentang padang mahsyar tetapi ada 1 yg sy ingin kongsikan bersama-sama shbt-shbt..7 golongan yg selamat di Padang Mahsyar :

  1. Pemimpin yang adil.
  2. Muslimin yg selalu menunaikan solat 5 waktu di Masjid jika tiada keuzuran.
  3. Seseorang yg berjaya mengharungi zaman remajanya tanpa terjebak dengan aktiviti yg tidak berfaedah.
  4. Seseorang yg menangis apabila menyebut nama Allah dan dosa yg pernah dilakukan di depannya.
  5. Lelaki sama lelaki, wanita sesama wanita yg berkasih sayang kerana Allah.
  6. Seseorang yg suka bersedekah tanpa diketahui orang lain.
  7. Seseorang yg menolak apabila diajak melakukan maksiat kerana takutkan Allah.
fikir dan renungkanlah perkara diatas..semoga kita semua termasuk didalam 7 golongan diatas..amin..........

Sunday 25 July 2010

Wajah

saya baru sahaja dengar lagu wajah, nyanyian Jacqueline victor..emm memang menusuk kalbu siapa yg benar-benar menghayatinya..tiba-tiba teringat kawan sebelah katil semasa sy berada di wad neurologi..emm memang kena betul lagu ni dengan dia..


mak cik ni warga indonesia..dia koma, minum susu pun masuk melalui hidung, buang air melalui bag urin, pakai pamper..memang kesian kalau tengok..setiap petang suamianya akan datang ziarah isterinya..keluarga yg lain semua di indonesia..

sy ada bersembang dengan suaminya, sedih sangat..suaminya kata nak bawa balik sebab dah tak cukup duit untuk menampung perbelanjaan hospital..kalau dia datang tengok isteri, tak kerja macam mana nak makan..ada duit tambahan, nak bw terus isteri ke indon biar keluarga disana jaga..


sy terfikir nanti dekat rumah siapa yg nak bg susu sebab ada cara dia..kalau tak betul boleh membahayakan mak cik tu, siapa nak jaga mak cik tu bila suaminya pergi kerja, siapa nak tukar pakaian & pamper..selalunya sy tengok dekat tv rancangan bersamamu, sekarang sy sendiri dekat dengan orang yg benar-benar susah..berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..sy doakan semoga Allah permudahkan urusan pak cik & makcik tersebut..

Friday 23 July 2010

Haruskah begini

Firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 36 : yang bermaksud,

“ dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah, dan janganlah kamu mempersekutukannya dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat dan orang-orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takabur dan suka meninggi-ninggikan diri ”.

Berdasarkan ayat tersebut, dapat difahami bahawa melaksanakan tuntutan sosial sesama umat Islam adalah salah satu tuntutan dalam Islam dan ia merupakan salah satu cabang keimanan kita terhadap Allah s.w.t.

bila baca maksud ayat ni, teringat 1 peristiwa yg berlaku semasa sy dekat hospital..katil nombor 6, kesian dekat pesakit ni dimana ia boleh juga dikatakan dibuang keluarga kerana selama dia sakit sy tengok hanya 1 je ahli kelurga yg dia lawat itu pun bersebab utk ambil diut sokso..

banyak kali juga sy tengok untie ni menangis..lg kesian sebab untie ni tak boleh berjalan sbb dia lumpuh pd bhgn kaki..semua nurse yg akan ganti, tukar pampers, baju, cadar dan ganti bag urin..sebenarnya untie ni dah boleh keluar hospital tapi dia tak nak balik ke rumah..


ada pernah sekali sy bersembang dengan adik untie ni..tanya kenapa tak nak bw balik dan dia ckp sbb tiada siapa yg sanggup jaga dia dan sekarang dia dalam proses untuk mencari rumah org tua..masyaALLAH, tak sangka perkara ni akan berlaku depan mata sy sendiri..

sama-sama kita berdoa semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan melupakan orang yang banya berjasa menjaga kita sejak kecil lagi..Amin............

ujian Tuhan

salam sahabat-sahabat..

emm sudah lama tak tulis dalam blog ni..bukan sebab apa, sy tiba-tiba di masukkan ke dalam hospital besar kuala lumpur selama 2 minggu 7hb-21hb julai 2010..macam-macam kenangan yang sy dapat dalam hospital..

pada 6hb petang, tiba-tiba sy pengsan dalam 5-10 minit lepas jawab telefon..bibir, kuku tangan, kuku kaki jadi warna biru..lepas tu kawan sy hantar ke rumah sewa..sampai je dekat rumah sewa, sy terus baring di bilik sebab badan rasa lemah sangat..tepat jam 1 lebih, tiba-tiba kwn bilik saya dengar mcm suara mengerang & tengok bdn sy tegang dan baju sy habis darah..mereka cemas, panggil jiran sebelah & telefon umi sy..

umi sy dtg dan terus bawa ke HKL & di masukkan ke wad 23 selama 3 hari..selama sy di wad 23, sy tidak sedarkan diri..sy dalam keadaan mamai dan tidak sedar akan keadaaan sekeliling..sy minta maaf pd siapa yg datang melawat kerana tidak menyambut kedatangan kalian dengan baik..

bila doktor dah dapat kesan sakit sy, sy dipindahkan ke wad neurologi (wad kaji saraf) pd 11hb..bila diwad tersebut, sy mula menyedarkan diri..emm di wad tersebut byk benda yg sy belajar..nanti sy akan kongsi pada post yg akan dtg..


sy kira-kira lebih 20 cucuk yg kena pada tangan sebab urat sy jenis yg susah untuk dicucuk..hanya Allah yg tahu azab kena cucuk..tahu-tahu jela bila dah masuk hospital, doktor/nurse akan cucuk macam-macam untuk masukkan ubat&ambil sample untuk kajian..sy terfikir macam mana la org yg hisap dadah cucuk tgn sendiri..?????


Jarum yg dicucuk ke tgn saya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...