Friday 23 July 2010

ujian Tuhan

salam sahabat-sahabat..

emm sudah lama tak tulis dalam blog ni..bukan sebab apa, sy tiba-tiba di masukkan ke dalam hospital besar kuala lumpur selama 2 minggu 7hb-21hb julai 2010..macam-macam kenangan yang sy dapat dalam hospital..

pada 6hb petang, tiba-tiba sy pengsan dalam 5-10 minit lepas jawab telefon..bibir, kuku tangan, kuku kaki jadi warna biru..lepas tu kawan sy hantar ke rumah sewa..sampai je dekat rumah sewa, sy terus baring di bilik sebab badan rasa lemah sangat..tepat jam 1 lebih, tiba-tiba kwn bilik saya dengar mcm suara mengerang & tengok bdn sy tegang dan baju sy habis darah..mereka cemas, panggil jiran sebelah & telefon umi sy..

umi sy dtg dan terus bawa ke HKL & di masukkan ke wad 23 selama 3 hari..selama sy di wad 23, sy tidak sedarkan diri..sy dalam keadaan mamai dan tidak sedar akan keadaaan sekeliling..sy minta maaf pd siapa yg datang melawat kerana tidak menyambut kedatangan kalian dengan baik..

bila doktor dah dapat kesan sakit sy, sy dipindahkan ke wad neurologi (wad kaji saraf) pd 11hb..bila diwad tersebut, sy mula menyedarkan diri..emm di wad tersebut byk benda yg sy belajar..nanti sy akan kongsi pada post yg akan dtg..


sy kira-kira lebih 20 cucuk yg kena pada tangan sebab urat sy jenis yg susah untuk dicucuk..hanya Allah yg tahu azab kena cucuk..tahu-tahu jela bila dah masuk hospital, doktor/nurse akan cucuk macam-macam untuk masukkan ubat&ambil sample untuk kajian..sy terfikir macam mana la org yg hisap dadah cucuk tgn sendiri..?????


Jarum yg dicucuk ke tgn saya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...