Sunday 11 September 2011

Tudung..????


Allah berfirman : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yng beriman....hendaklah mereka menutup belahan dadanya dengan tudung kepala mereka." (Sebahagian dari ayat 31 surah An-Nur) Berdasarkan ayat ini, maka memakai tudung bukan sekadar untuk menutup kepala dan rambut, tetapi hendaklah dilabuhkan ke hadapan sehingga menutup buah dada mereka. Ini adalah kawasan yang paling kerap didedahkan oleh fesyen pakaian wanita, sedangkan inilah kawasan yang sepatutnya ditutup dengan pakaian, kemudian ditutup lagi dengan kain tudung.

Ada pun fesyen tudung mini yang tidak sampai menutup buah dada atau tudung yang diikat ke belakang kepala, leher atau bahu, ia tidak menepati syari'at Islam. Selain itu, tudung yang nipis dan tudung yang dipakai untuk menunjuk-nunjuk juga tidak mengikut sepertimana yang telah ditetapkan dalam syari'at Islam.

Isu berkaitan pemakaian tudung. Trend ini lah dimana ramai golongan muslimat meniru dan mengikut tanpa merujuk kepada golongan-golongan yang tertentu. Hatta sesetengah yang belajar dan mengajar agama masih lagi mengikut cara ini dan mereka tidak jelas dengan cara etika pemakaian dalam islam yang sebenar. Mereka memberi alasan bahawa inilah trend dan fesyen sekarang dan kami pakai tutup aurat tidak nampak rambut. Tetapi mereka tidak perasan yang fesyen ini sebenarnya telah menampakkan aurat mereka.


Beginilah cara mereka(fahaman Kristianisasi) merosakkan akidah umat islam melalui pakaian,hiburan dan macam-macam lagi

Satu perkara lagi yang perlu diambil berat dalam pemakain tudung iaitu pakai nampak sanggul. Ada sebuah hadith menyatakan:




Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidak akan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim)




Hasil Nukilan : KENITRI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...