Sunday 6 May 2012

Tugas siapa ??

Dah lama sangat tak update blog, sampaikan di tegur oleh seorang sahabat "anti tak update blog?"..malu saya..maaf ya pada sesiapa yang buka blog saya tapi tak berupdate..nak kongsi, sekarang saya berusaha untuk habiskan satu buku yang bertajuk perbandingan agama - agama-agama yang terbesar di india - Prof Dr Ahmad Shalaby (sebab nak tolong kawan buat rumusan tentang agama ni)..


Ada satu petikan yang ditulis dalam buku ini tentang pendapat Mahatma Gandhi mengenai penyembahan lembu..memang kita semua sedia maklum, orang Hindu amat memuja lembu tetapi tidak tahu akan sebab musababnya..

Pemikiran Hindu percaya bahawa lembu ialah ibu kepada manusia kerana ketika saya melihat seekor lembu, saya tiada menganggap melihat seekor binatang..Mereka juga fikir, ibu yang sebenar menyusukan kita selama 1/2 tahun akan meminta kita berkhidmat kepadanya sepanjang umur sebagai balasan, tetapi ibu kita lembu memberi kita susu terus menerus dan tiada minta balasan kecuali makanan biasa. Apabila ibu kita sakit, kita mengeluarkan belanja besar, tetapi apabila ibu kita lembu sakit, kita tiada rugi apa-apa. Apabila ibu kita meninggal, pasti akan mengeluarkan belanja yang besar untuk menguruskan mayat tetapi apabila ibu lembu kita yang mati, dia terus bagi kita faedah berupa daging, tanduk, tulang, kulit. Saya, Mahatma Gandhi menyebut bukan untuk mengurangkan nilai ibu tetapi untuk menerangkan sebab dorongan saya menyembah lembu..

Dalam hati terfikir kalau umat Islam berfikiran sebegini, pasti ramai yang mengamalkan islam dengan sebenarnya bukan sekadar islam pada nama. Allah, tuhan kita tidak pernah meminta apa balasan dari umatnya. Apa yang diminta, apa yang dipohon pasti akan dimakbulkan oleh Allah.

  • " Dan Tuhan mu berfirman : Berdoalah kamu kepada Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu" (Surah Ghafir, 60)
  • " Berdoalah kepada Allah, dengan penuh keyakinan bahawa doa itu akan dikabulkan dan sesungguhnya Allah tidak mengkabulkan doa daripada hati yang lalai & berpaling (HR At-tirmizi)
Jika orang Hindu mengetahui hakikat sebenarnya siapa pencipta manusia, siapa pencipta haiwan, siapa pencipta tumbuhan dan siapa pencipta makkhluk dimuka bumi ini, insyaAllah mereka pasti akan tunduk sujud kepada Allah S.W.T.. Jadi tugas siapa untuk menerangkan ini semua kepada mereka,,?? renung-renungkan untuk mencari jawapannya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...