Wednesday 17 February 2010

Tangan yang memberi lebih baik..


Kira-kiranya dah lama ana tidak post apa-apa dalam blog ni..bukan malas tapi disebabkan kesuntukan masa dan kesibukan diri menguruskan program zakat yang diadakan setiap hujung minggu (sampai hujung bulan ni sahaja).

Minggu lepas tempat program yang ana kena pergi, dekat Je---..mula-mula sampai, ana terfikir ni ke tempat golongan asnaf sebab tengok rumah mereka macam mewah..bila ana tanya penyelia dekat sana, ni rumah bantuan dari zakat dan setiap rumah ada 3 bilik dan mereka dapat bantuan bulanan rm500 tak termasuk bantuan untuk persekolahan anak-anak..dalam hati terdetik alhamdulillah beruntung mereka..

Kami bersembang lagi bila ada masa terluang..tapi yang paling ana kesalkan ada sesetengah golongan asnaf di Je--- ni tak nak kerja alasan mereka nanti mereka tak dapat duduk situ lagi dan bantuan bulanan mereka ditarik balik..masyaAllah....ana mahu kongsi satu cerita disini sebagai pedoman..

Hakim bin Hizam Radhiallaahu’anhu menuturkan:

“Aku pernah meminta sesuatu kepada Rasulullah Shalallaahu’ alaihiwasalam, beliau lantas memberikannya. Kemudian aku meminta lagi, beliau pun memberikanya.

Kemudian aku meminta lagi, beliau pun memberikannya seraya berkata: “Wahai Hakim, sesungguhnya harta ini manis dan indah. Barang siapa yang mengambilnya dengan kemurahan hati, ia akan mendapat keberkatan padanya. Barangsiapa yang mengambilnya dengan ketamakan, ia tidak akan mendapat keberkatan padanya. Bagaikan orang yang makan tapi tidak pernah kenyang. Dan tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.” (Muttafaq ‘alaih)

Jadi kita perlu memahami konteks dari hadith Nabi s.a.w. di atas. Nabi bersabda seperti itu untuk memberi motivasi kepada hakim. (dan tentunya untuk ummat secara umum) untuk tidak bergantung pada orang lain, dan untuk tidak selalu meminta.

Dan Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.” RIWAYAT IBN an-Najjar


Jadi kesimpulan disini kita perlulah berusaha mencari rezeki yang halal kerana tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima..wallahua'lam

1 comment:

  1. ana setuju dengan pendapat akak. sepatutnya mereka berusaha mencari pendapatan mereka sendiri dan bukannya mengharap disuapkan sahaja. semoga ALLAH beri kita dan mereka petunjuk untuk berubah ke arah yang lebih baik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...