Thursday 4 February 2010

" Syukur "

Tepat jam 3 petang semalam, ada 2 orang pegawai dari SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah) datang pejabat ana. Ana dah tahu tujuan mereka datang. Mereka nak jumpa dengan sahabat ana K.ila sebab nak ambil keterangan berhubungan tentang kes seorang pegawai sumber manusia dari ................... (client yang pernah berurusan dengan syarikat kami untuk buat program team building) yang disyaki terlibat dengan 14 kes rasuah..


Terkejut ana mendengarnya..14 kes bukan sikit. emm ana dah rasa macam mana boleh wujudnya rasuah dalam dunia pekerjaan. Tapi yang bersalah tetap bersalah dan tidak akan terlepas. Tiba-tiba ana terfikir kenapa la susahkan badan nak ambil rasuah. Nanti kena turun naik mahkamah jika di sabit kesalahan. Ini pun sebenarnya dah kali ke 3 pegawai SPRM datang ofis ana buat siasatan sebab kami merupakan saksi.

Allah dah pesan awal-awal dalam al-Quran yang bermaksud: "Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan ialah musuh yang terang nyata bagi kamu." (Surah al-Baqarah, ayat 168).
Tapi ada juga yang ingkar akan larangan Allah. Moga-moga kita semua tidak tergolong dalam golongan yang mengingkari perintah Allah. AMIN....


Orang yang tidak bersyukur kepada Allah SWT akan mudah mengikut jejak langkah syaitan yang fungsinya menghancurkan iman umat Islam. Orang yang suka memberi dan menerima rasuah ini adalah lahir dari sifat tamak haloba yang sanggup meminggirkan hukum agama. Seelok-eloknya pandanglah orang dibawah dalam urusan duniawi dan pandanglah orang diatas dalam urusan ukhrawi, supaya kita menjadi hamba yang benar-benar bersyukur atas segala ketentuanNYA.insyaALLAH..

1 comment:

  1. Manusia kalau bertuankan nafsu, mata jadi kelabu melihat yang indah. Walau hakikat keindahan itu hanya sementara. Semoga kita dijauhkan daripada amalan laknatullah itu. Amin!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...