Wednesday 9 December 2009

Jangan cabut uban..@_@


"Alamak uban dah tumbuh kat kepala. Kalau tak cabut, nampak sangat aku dah tua. macam mana ni ya. Pening kepala fikir. Bertambah lagi la uban kat kepala." Hati berkata.

Jangan cabut uban. Uban adalah cahaya bagi orang Islam. Nabi S.A.W menegah kita mencabutnya sebagaimana yang diriwayatkan 'Amr bin Syu'aib daripada ayahnya daripada datuknya bahawa baginda bersabda:
"Jangan cabut uban kerana ia cahaya orang Islam. Tidaklah seorang muslim yang ditumbuhi uban dalam Islam, melainkan Allah menulis baginya 1 pahala dan mengangkat 1 darjatnya. Dan Dia menghapuskan 1 dosanya."
(hadith riwayat Abu Dawud, Ahmad, Tirmizi, an-Nasai dan Ibn Majah)

Hati berkata lagi, "Kalau macam itu, aku tak nak cabut uban la. Sayang aku pada uban ni.

1 comment:

  1. Kita diberikan amaran tentang kematian setiap hari. Semenjak kecil, kita melihat orang sekeliling kita pergi meninggalkan kita. Ada yang tua, ada yang muda. Itulah peringatan daripada Allah. Apabila usia mula lanjut, kita diberikan amaran yang lebih besar melalui fizikal yang semakin lemah, kedutan yang semakin banyak, rambut yang beruban, kudrat yang kian berkurangan. Apabila kita melihat orang yang lebih tua beramal soleh, bertanyalah kepada diri kita, adakah kita dapat menjamin bahawa di hari tua kita akan terus istiqamah atas jalan yang benar? Apabila kita kita bertemu orang muda, sedarlah kita bukan sekadar lebih makan garam. Kita juga lebih berdosa. Moga kita tidak menjadi orang yang sesal di hari muka.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...