Sunday, 1 January 2012

Hikayat ‘Study’ Salaful Ummah




Diambang peperiksaan ini, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah caranya untuk kita menguasai ilmu? Jawapannya, kita mesti menjejaki cara ulama salaf memeras keringat dalam mencari gali ilmu. Ini kerana lafaz “سلك” dalam hadith (( من سلك طريقا...إلخ )) ditafsirkan oleh ulama sebagai ‘melalui jalan yang telah dilalui’. Di samping itu, ilmu yang menyinari dada-dada mereka telah membuktikan keberkatan manhaj yang mereka lalui.

Para masyayikh seringkali berpesan agar kita sering menghayati kisah-kisah ulama silam meredah belukar berduri bagi mengisi ilmu di hati. Bukan mudah merasa manisnya madu kalau tidak dipanjat pohon tualang. Takkan dijumpa mutiara berharga kalau tidak diselam lautan yang dalam. Imam Al-Junaid menyebut: “ Hikayat-hikayat adalah tentera dari tentera-tentera Allah, dengannyalah tubuh badan penuntut menjadi kuat”.

Wednesday, 9 November 2011

Jadilah hamba yang bersyukur

Aku suka travel/bermusafir/berjalan-jalan sebab melalui itu dapat banyak pengajaran dan muhasabah diri dalam menempuh arus duniawi. Pernah suatu hari berjalan tiba-tiba nampak orang yang celik mata tapi cacat penglihatan dalam erti kata lain 'buta'. Kesian tengoknya tapi tengok pada semangat dia kita rasa diri terlalu kerdil.

Harus ku bersyukur kerana diri ini masih diberi peluang untuk melihat dunia ini dan berbakti padanya walaupun separuh nikmat penglihatan telah di tarik oleh Allah. Diriku rabun sejak memasuki alam IPT. Ramai lagi yang nasibnya kurang bernasib baik berbanding diri ku. Alhamdulillah ya Allah kerana aku masih diberi peluang untuk melihat keindahan ciptaan Mu. Peliharalah penglihatan ku dari melihat perkara-perkara yang dimurkaiMu. Amin..

Inilah sahabat baik ku yang sudi membantu ku melihat nikmat Allah dengan jelas & menemani diriku kemana sahaja diriku pergi. Terima kasih cermin mataku.

Thursday, 20 October 2011

Akan tiba masanya


Assalamualaikum wbt


Tiba-tiba diri ini terasa nak menulis tentang jodoh..ramai yang bertanya Cik Salmah bila nak kahwin ni..??? maklumlah dah meningkat umur, bakal menyambut hari kelahiran yang ke - 23 bulan depan..tua dah, tua ke..??? jawapan ada pada diri masing-masing..erm nak bagi jawapan apa ya pada pertanyaan bila nak kahwin..?? insyaAllah tengah menunggu seseorang (ana hadiahkan al-fatihah sebagai pengikat hati), hanya ALLAH yang berhak dan mengetahui masa yang sesuai untuk kami bersatu..^_^


Nak dapat calon suami yang baik dan soleh kita perlulah berusaha menjadi baik dan solehah dulu..pasti ramai yang dah tahu tapi kadang-kadang terlupa..bukan mudah untuk melayari sebuah bahtera yang penuh onak liku tanpa iman dan ilmu..pesanan kepada calon suamiku (ceceh siapa la tu, Allah tau jawapannya) sama-sama ya kita berusaha ke arah kebaikan..apabila sampai masanya, kita bersedia dan sama-sama untuk jatuh bangun dalam melayari kehidupan alam rumah tangga..

Cinta yang ana impikan adalah cinta yang suci selepas perkahwinan, bukan cinta angan-angan yang ditaburi janji-janji manis kosong sebelum mengikat sumpah janji di depan Allah dan manusia, untuk menjaga diri ini dan zuriat sampai ke syurgaNya..


رسالة إلى مرشحين زوجي,

Assalamualaikum wrh wbt

Monday, 17 October 2011

Ujian Rahmat Allah

Kadang-kadang kita rasa tidak mampu untuk menanggung beban ujian yang menimpa diri sehingga rasa tidak mampu berdiri. Hati cuba pujuk ingatlah Allah itu sentiasa dekat dengan kita, ujian yang diberikan sebenarnya adalah kerana Dia amat rindu untuk mendengar suara hambaNya yang amat-amat dikasihi. Sabar dan syukur diatas segala ujian, ada pahala diatas segala kesabaran dan kesyukuran. InsyaAllah akan ada sinar kebahagiaan menunggu dimasa akan datang. Ya Rahman, Ya Rahim, jadikanlah hambaMu ini termasuk dalam golongan hamba-hamba yang sentiasa bersyukur. Amin.........

Secara sedar atau tidak sedar ujian sebenarnya mengajar kita agar lebih matang serta sentiasa berfikiran positif dan terbuka . Janganlah mudah mengeluh, Janganlah mudah berputus asa..Ingatlah rahmat, rezeki Allah amat luas.


Friday, 16 September 2011

RADIO

Di suatu petang yang hening, tiba-tiba adik berkata.

Adik : ngah, radio tu angah bukak ke radio sendiri yang bukak

Angah : Jap-jap nak tanya, radio tu ada tangan sendiri ke nak bukak

Dengan muka yang tension adik berkata " angah ni, orang cakap betul-betul main-main pula"

Angah : Betulkan apa yang angah cakap..radio tu ada tangan sendiri ke nak buka lagu..??? mestila angah yang buka tadi

Adik : angah ni!!!!!!!! betul-betul la.

Along : Dah-dah..lawak la korang ni..adik, mestila angah yang buka radio tu..cuba fikir takkan radio tu berfungsi tiba-tiba. mesti ada tangan yang menekannya. radio bukan benda yang bernyawa.

Adik : Hehe betul jugakan, radio mana boleh buka sendiri

Dalam hati along berkata. macam-macam ragam adik-adik aku ni. dengan ragam diorang nila buat aku gembira. tengok muka angah, nampak adik. tengok muka adik nampak angah. senyum sendiri dalam hati.

Wednesday, 14 September 2011

Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan

Keputusan:
Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

  1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
  2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
  3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
  4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
  5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.

  6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dankuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
  7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranyaalkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

Sunday, 11 September 2011

Tudung..????


Allah berfirman : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yng beriman....hendaklah mereka menutup belahan dadanya dengan tudung kepala mereka." (Sebahagian dari ayat 31 surah An-Nur) Berdasarkan ayat ini, maka memakai tudung bukan sekadar untuk menutup kepala dan rambut, tetapi hendaklah dilabuhkan ke hadapan sehingga menutup buah dada mereka. Ini adalah kawasan yang paling kerap didedahkan oleh fesyen pakaian wanita, sedangkan inilah kawasan yang sepatutnya ditutup dengan pakaian, kemudian ditutup lagi dengan kain tudung.

Monday, 5 September 2011

Salam Eid' Mubarak


Salam Aidilfitri buat semua yang mengenali diri ini. Sedar tak sedar hampir 2 minggu kita merayakan aidilfitri tahun ini. Aidilfitri tahun terasa begitu lain, dalam kegembiraan terselit juga duka kerana kehilangan seorang insan yang disayangi arwah atuk Baharudin bin Mat Seh awal bulan 4 tahun ni dan terimbas kenangan bersama arwah odang Hamzah bin Mohd yang sudah meninggalkan dunia yang fana ini lebih kurang 17 tahun. (Al-fatihah buat mereka berdua)

Tahun 2011 diri ini sering terdengar berita kematian dari keluarga, kawan-kawan, bos. Kematian dari setiap peringkat umur, dari muda hingga tua. Kesimpulannya ajal tidak kira tua atau muda. Maka persiapkan diri dengan amalan-amalan yang akan menjadi teman kita semasa di alam barzakh dan alam akhirat.

Firman Allah yang bermaksud : "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Al-Imran : 185)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...