Tuesday, 11 May 2010

Pengalaman pengembaraan..

Pada 5hb 5 adik ana bagi mesej (angah), kata dah buat keputusan nak masuk Matrix Gopeng Perak..ana pun ok je bagi la kata-kata semangat..mana yg dia rasa baik untuk dirinya, ana sebagai kakak akan sentiasa bagi sokongan dari belakang..

kami sekeluarga bertolak dr Kuala Lumpur hari ahad 9hb 5 dalam pukul 10 p.m sebab sebelum tu kami ada pergi beli pakaian angah sikit..abi ana ikut jalan lama dan perjalanan mengambil masa yg agak panjang..sampai dalam pukul 5.15 a.m..lama kan tapi itu pun sebab kami survey dulu tempat maklumla first time kami dtg Gopeng..kami rehatkan badan di Hotel Easthern..emm memang letih..

tempat kami menginap hari pertama sampai


keadaan bilik yg kami menginap..mcm rumah orang dulu-dulu..
rasa mcm kembali ke nostalgia je..

alhamdulillah waktu pergi tiada masalah..dan kami hantar angah ke matrix hari isnin 10hb dalam pukul 11 a.m..sebelum hantar, kami round pekan Gopeng dulu beli makanan tambahan untuk angah..lagipun daftar dalam pukul 2..

kami kerjakan solat jamak di Matrix, lepas tu kami uruskan pendaftaran angah dan alhamdulillah selesai urusan dalam pukul 5 p.m..sayu juga hati nak tinggalkan adik yg disayangi..tp tak pe sbb dia nak menuntut ilmu, pendamkan sahaja supaya angah tak patah semangat untuk berjauhan dr kami..kpd angah belajar rajin-rajin ya..

lepas urusan semua selesai, kami pulang ke Kuala Lumpur..emm waktu balik ni la ada kisah yg memang tak dpt dilupakan dimana tayar van abi ana mengalami kerosakan..abi ana ada minta tolong seorang pak cik ni sebab dah malam dan kami bukan berada di negeri sendiri..

pak cik ni pula minta bantuan kawan dia yg kebetulan seorang polis..baik dua orang polis ni..dia bagi abi ana tayar yg ada di balai dan tolong carikan kedai untuk tukar..nasib tidak menyebelahi kami sebab semua kedai tutup..tapi 2 orang polis ni tak kenal erti putus asa..mereka telefon kawan-kawan mereka yg boleh tolong tapi semua kedai tak nak buka alasan dah malam..

waktu menunggu ada la dalam sejam lebih..polis ni belanja kami sekeluarga (abi, umi, ana, adik) minum air tin, alhamdulillah rezeki..disebabkan jam dah pukul 11, jadi kami buat keputusan untuk tidur di rumah rehat je jd polis ni tunjukkan kami dimana tempat rehat dan dia yg uruskan semuanya..
terima kasih kepada polis-polis tersebut..

alhamdulillah Allah bg pertolongan pada kami..kalau niat pengembaraan kita baik, insyaAllah Allah akan tolong walau susah mana pun masalah yg kita alami..semasa perjalan ana sentiasa berdoa dalam hati moga dipermudahkan segala urusan..Allahumma Rabbi Yassir wala Tu'assir Ya Karim..sungguh besar kuasa Mu Ya Allah..^_^

Monday, 15 March 2010

Keluarga Saadah...


Salam sahabat-sahabat..Apa khabar Iman anda..?? dah lama tak tulis dalam blog ni..^_^

Alhamdulillah hujung minggu lepas sabtu, ahad ana berkesempatan balik negeri kelahiran ana bersama keluarga..emm lepas rindu, dapat jumpa wan atuk dan saudara-saudara yang lain..hari ahad ana pergi seremban dengan mak ngah..dalam kereta, banyak kami kongsi cerita..



Satu cerita ana nak kongsi, mak ngah ana pergi hari perjumpaan ibubapa disekolah anak bongsu dia di Seremban..ada satu sesi ceramah ana tak pasti tajuk dia apa..mak ngah ana cerita ustaz yang bagi ceramah tu tanya audience (pelajar dan ibubapa) siapa raja di rumah..pelajar-pelajar cakap ayah...ok baik..
Ustaz tu tanya lagi ibu pula sebagai apa dirumah..?? hamba.......sebab ayah suka suruh dan jarang tolong mak.....mak ngah ana punya terkejut sebab tak sangka pelajar boleh cakap begitu..ustaz tu teruskan dengan sesi soalan..secara rawak, ustaz pilih seorang ibu dan ustaz tu tanya, akak sebagai apa dirumah..akak tu jawab gundik..lagi hebat jawapan yg akak tu bagi..

Ustaz tu tanya ayah pula..selama 12 tahun ni, apa keistimewaan anak tuan yg tuan nampak..ayah dia kata pemalas..ustaz tu tanya lagi takkan tiada langsung keistimewaan dia tuan..si ayah jawab, tu je yg saya nampak..

Mak ngah ana terperanjat dengan jawapan-jawapan yg diberikan tadi..last sekali, ustaz tu buat kesimpulan nampak tak apa permasalahan yang berlaku sekarang..?? apa punca berlaku permasalahan ini..?? ustaz suruh kaji balik bila pulang ke rumah..

Tapi ustaz tu bagi pesanan..kepada ayah-ayah (sebagai raja) dirumah, kena tunjuk teladan yg baik..apa tugas imam dalam solat..?? mengetuai dalam setiap pergerakan..dan konsep itu kita kena aplikasikan dalam kehidupan..jadi jgn salahkan anak-anak bila mereka kata ibu mereka dibuat sebagai hamba dirumah dan jgn salahkan anak-anak bila dia jadi pemalas..

Kalau suami isteri saling tolong menolong antara satu sama lain, insyaAllah akan lahir keluarga yang aman damai dan istilah hamba, gundik, malas takkan wujud..berat sebenarnya tanggungjawab ayah dan itu sebab dalam Islam, Allah dah tetapkan lelaki 9 akal 1 nafsu supaya dia boleh menggunakan 9 akal ni untuk membentuk keluarga saadah..tak kira la dia ustaz, akauntan, peguam atau peniaga.. semua sama je..pangkat harta tak dikira, yang penting diri sendiri berusaha untuk menjadi baik..nasihat ustaz itu pada audience..

Rasulullah s.a.w adalah qudwah hasanah atau contoh teladan yang baik dalam segenap kehidupan, lebih-lebih lagi Baginda s.a.w dikenali sebagai orang yang paling baik pergaulannya dengan kaum wanita dan ahli keluarganya..terfikir ana sejenak dalam kereta..mudah-mudahan kita dipermudahkan segala urusan..dapat suami yg ringan tulang tapi jgn pula isteri ambil kesempatan..saling give and take..^_^


Wednesday, 17 February 2010

Tangan yang memberi lebih baik..


Kira-kiranya dah lama ana tidak post apa-apa dalam blog ni..bukan malas tapi disebabkan kesuntukan masa dan kesibukan diri menguruskan program zakat yang diadakan setiap hujung minggu (sampai hujung bulan ni sahaja).

Minggu lepas tempat program yang ana kena pergi, dekat Je---..mula-mula sampai, ana terfikir ni ke tempat golongan asnaf sebab tengok rumah mereka macam mewah..bila ana tanya penyelia dekat sana, ni rumah bantuan dari zakat dan setiap rumah ada 3 bilik dan mereka dapat bantuan bulanan rm500 tak termasuk bantuan untuk persekolahan anak-anak..dalam hati terdetik alhamdulillah beruntung mereka..

Kami bersembang lagi bila ada masa terluang..tapi yang paling ana kesalkan ada sesetengah golongan asnaf di Je--- ni tak nak kerja alasan mereka nanti mereka tak dapat duduk situ lagi dan bantuan bulanan mereka ditarik balik..masyaAllah....ana mahu kongsi satu cerita disini sebagai pedoman..

Hakim bin Hizam Radhiallaahu’anhu menuturkan:

“Aku pernah meminta sesuatu kepada Rasulullah Shalallaahu’ alaihiwasalam, beliau lantas memberikannya. Kemudian aku meminta lagi, beliau pun memberikanya.

Kemudian aku meminta lagi, beliau pun memberikannya seraya berkata: “Wahai Hakim, sesungguhnya harta ini manis dan indah. Barang siapa yang mengambilnya dengan kemurahan hati, ia akan mendapat keberkatan padanya. Barangsiapa yang mengambilnya dengan ketamakan, ia tidak akan mendapat keberkatan padanya. Bagaikan orang yang makan tapi tidak pernah kenyang. Dan tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.” (Muttafaq ‘alaih)

Jadi kita perlu memahami konteks dari hadith Nabi s.a.w. di atas. Nabi bersabda seperti itu untuk memberi motivasi kepada hakim. (dan tentunya untuk ummat secara umum) untuk tidak bergantung pada orang lain, dan untuk tidak selalu meminta.

Dan Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.” RIWAYAT IBN an-Najjar


Jadi kesimpulan disini kita perlulah berusaha mencari rezeki yang halal kerana tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima..wallahua'lam

Thursday, 4 February 2010

" Syukur "

Tepat jam 3 petang semalam, ada 2 orang pegawai dari SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah) datang pejabat ana. Ana dah tahu tujuan mereka datang. Mereka nak jumpa dengan sahabat ana K.ila sebab nak ambil keterangan berhubungan tentang kes seorang pegawai sumber manusia dari ................... (client yang pernah berurusan dengan syarikat kami untuk buat program team building) yang disyaki terlibat dengan 14 kes rasuah..


Terkejut ana mendengarnya..14 kes bukan sikit. emm ana dah rasa macam mana boleh wujudnya rasuah dalam dunia pekerjaan. Tapi yang bersalah tetap bersalah dan tidak akan terlepas. Tiba-tiba ana terfikir kenapa la susahkan badan nak ambil rasuah. Nanti kena turun naik mahkamah jika di sabit kesalahan. Ini pun sebenarnya dah kali ke 3 pegawai SPRM datang ofis ana buat siasatan sebab kami merupakan saksi.

Allah dah pesan awal-awal dalam al-Quran yang bermaksud: "Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan ialah musuh yang terang nyata bagi kamu." (Surah al-Baqarah, ayat 168).
Tapi ada juga yang ingkar akan larangan Allah. Moga-moga kita semua tidak tergolong dalam golongan yang mengingkari perintah Allah. AMIN....


Orang yang tidak bersyukur kepada Allah SWT akan mudah mengikut jejak langkah syaitan yang fungsinya menghancurkan iman umat Islam. Orang yang suka memberi dan menerima rasuah ini adalah lahir dari sifat tamak haloba yang sanggup meminggirkan hukum agama. Seelok-eloknya pandanglah orang dibawah dalam urusan duniawi dan pandanglah orang diatas dalam urusan ukhrawi, supaya kita menjadi hamba yang benar-benar bersyukur atas segala ketentuanNYA.insyaALLAH..

Thursday, 21 January 2010

JANGAN...


Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.


Jangan
makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan
biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan
tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


Jangan
makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan
keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


Jangan
pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan
biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa...


Jangan
menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa...


Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan
mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.


Jangan
lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan
bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


Jangan
banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


Jangan
biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan
suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan
terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.


ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.



Dah baca, Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!

Monday, 18 January 2010

15 Fakta Menarik Tentang Senyum

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.


2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.


3. Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.


4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.


5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.


6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.


7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.


8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .


9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).


10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.


11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.


12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.


13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.


14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.


15. Pujangga menyebut :

” Senyum itu kelopak. Ketawa itu bunga yang sempurna kembangnya”. Jadi rakan taulan sekalian, jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

Tuesday, 12 January 2010

Sedekah

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa bersedekah seberat biji kurma dari usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak-anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung.”

(al-Bukhari dan Muslim)



Huraian :

Pemberian itu merangkumi sedekah dan hadiah. Jika pemberian itu dimaksudkan sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah, maka ia dinamakan sedekah,

tetapi jika ia dimaksudkan sebagai satu penghargaan, sanjungan dan tanda kasih maka ia dinamakan hadiah.

Allah menyuruh kita agar menginfakkan harta dan memberi sedekah dengan harta yang halal dan melarang kita daripada menginfakkan harta yang haram sebagaimana ia menyuruh kita agar memastikan agar makan, minum, pakaian dan segala harta benda yang kita gunakan di dunia ini adalah datang daripada sumber yang halal.

Sebenarnya bersedekah adalah antara amalan sunat yang dianjurkan dan digalakkan dalam Islam. Anjuran ini tidaklah hanya ditujukan kepada orang-orang kaya sahaja, malah orang-orang yang kurang berada pun dianjurkan bersedekah menurut kadar kemampuan masing-masing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...