Saturday, 17 November 2012

Qunut Nazilah



Ya Allah, sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkanlah dan kacau bilaukanlah persatuan mereka, goncangkan pendirian mereka dan hantarkanlah tentera-tentera kamu kepada mereka. Wahai Tuhan Yang Maha Perkasa, Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum, Wahai Tuhan Yang Maha Bersifat Murka, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang menggerakkan awan, Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan menangkan kami keatas mereka..AMEEEN.. 

Walaupun kita tidak mampu kesana, dan menolong mereka secara berdepan tetapi kita masih boleh bersama-sama mendoakan mereka dari jauh. Semoga Allah melindungi mereka semua yang ditindas. "Khaibar, khaibar, khaibar ya Yahud !! Jaysyu Muhammad Saya'uud !! Allahu Akbar 2x" (Ingatlah perang khaibar wahai kaum Yahudi, Sesungguhnya pasukan Muhammad akan kembali mengalahkan kamu) 

Monday, 17 September 2012

3 tahun vs tahun 3

Tengahari : "along, along tengah buat apa..???" "along tengah ambil wuduk.." "Wafi (budak yg ummi jaga, umur 3 tahun) dah solat..?" "dah cikgu..." "eh bila along jadi cikgu wafi..???"

Petang.."ok murid 3 Abu bakar, siapa yg tak solat zuhur tadi, tolong bangun.." Ya Allah, ramainya hampir separuh kelas. "Apa alasan kamu tak solat zuhur tadi.."
- tak sempat ustazah, balik sekolah kebangsaan lambat, 20 minit je ada..tapi makan sempat
- mak ayah saya tak suruh ustazah
- saya terlupa ustazah

Tiba-tiba terdetik dalam hati..budak 3 tahun boleh tunaikan solat, takkan budak darjah 3 yg dah berumur 9 tahun tak boleh tunaikan solat yg memerlukan masa hanya 5 minit..kenapa boleh terjadinya masalah ini..??? tepuk dada, tanya iman..adakah perkara ini perlu dipandang remeh..??? apa akan jadi apabila mereka besar, sekiranya dari kecil tidak dilatih menunaikan solat..???

Saturday, 4 August 2012

Lailatul Qadar

Malam lailatul qadar adalah malam yang paling utama dan lebih baik dari seribu bulan seperti dalam Firman Allah dalam surah Al-Qadr : 3 ليلة القدر خير من الف شهر...Kita disunatkan untuk mencari lailatul qadar pada malam-malam ganjil dari sepuluh terakhir dari bulan ramadhan..

Di mana jatuhnya lailatul qadar itu..???
Ada beberapa pendapat dari ulama dalam menentukannya..tetapi kebanyakkan mereka berpendapat jatuh pada malam ke 27..Diriwayatkan oleh Ahmad dgn isnad yg sah dari Ibnu Umar r.a katanya telah bersabda Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud : "Barangsiapa mencarinya (lailatul qadar) hendaklah dicarinya pada malam ke 27.."

Tapi persoalannya adakah malam yg ke 27 ramadhan akan berlaku serentak satu dunia kerana bumi berbentuk bulat dan dibahagi 24 zon waktu yang berbeza..sebagai contoh perbezaan malaysia dgn macca gambia beza dlm 8 jam..rakyat malaysia akan merasai terlebih dahulu malam 27 ramadhan baru macca gambia..jadi, sama-samalah kita cuba berusaha menghidupkan 10 mlm yg terakhir bagi merebut barakah lailatul qadar..  

Sama-samalah kita merebut malam yg dijanjikan pelbagai rahmat yg hanya datang setahun sekali dan belum tentu kita akan dapat merasainya pada tahun akan datang kerana ajal maut ditangan Allah..Keredhaan Allah dicari, moga-moga diampuni dosa-dosa yang silam..


Mawaddah wa Rahmah

Yang dicari,

walaupun bukan putera raja,
Biarlah putera agama....
Yang diimpi,
biarlah tak punya rupa, 
asal sedap dipandang mata...
Yang dinilai,
bukan sempurna sifat jasmaninya,
asalkan sihat ruhani, tabah menempuh ujian cabaran hidup..
Yang datang,
tak perlu rijal yang gemilang kerana ana serikandi dengan silam yang kelam...
Yang dinanti,
bukan lamaran dgn emas permata,
cukuplah hanya akad dan janji setia...



Monday, 2 July 2012

Hukum Puasa, Solat & Doa Pada Nisfu Sya’ban


Petikan Fatwa Fadhilah Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum'ah.

Apa hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Sya'ban seterusnya berpuasa pada siang harinya?

Jawapan :
Malam nisfu Sya'ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Sya'ban daripada hadis-hadis (Nabi S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya).

Sunday, 24 June 2012

Tahun 2004...

2004 - "Ummi, Abi along dapat surat tawaran ke SMA Selaru bukan MAAHAD.." itulah ayat pertama yang keluar dari mulut apabila buka surat tawaran yang dapat dari Ustazah di SMA Haji Mohd Yatim..
"Kalau camtu along nak masuk sekolah tu tak.."
"Hati along ni nak masuk MAAHAD, tak nak masuk SMA Selaru..Ustazah kat Sekolah along cakap boleh tukar surat sekarang sebelum petang nanti dekat Jabatan Pendidikan Seremban sebelum pergi daftar dekat sekolah baru"
"Ok kalau begitu jom kita pergi tukar dulu, baru pergi daftar."

Erm begitulah kisahnya, sebenarnya ana tak dapat tawaran masuk MAAHAD tetapi berkeras juga nak masuk sana dengan tujuan yang satu untuk mentarbiah diri..Alhamdulillah berkat usaha dan sayangnya abi umi pada ana, ana dapat juga tukar dari SMA Selaru ke MAAHAD..

Betul apa yang dikata, apabila kita mahukan ilmu Allah pelbagai dujaan dan ujian yang datang..biar hanya diri ini sahaja yang tahu apa ujian yang melanda..tapi ujian itu dirasai manis walaupun pahit kerana mengajar erti kematangan diri..kepada kawan-kawan seperjuangan dulu di MAAHAD, didoakan kalian semua istiqamah dalam perjuangan dunia dan kita sama-sama dipertemukan di JANNAH abadi..Walau jauh dimata tetapi sentiasa dekat dihati


Ya Allah...
Jadikan permulaan hidup kami penuh dengan kebaikan
Pertengahan kami membawa kejayaan
Dan pengakhiran kami membawa keberuntungan
Hidupkan kami sebagai salah satu pejuang untuk menyeru kepada agama MU
Dan matikan kami dalam Husnul Khatimah


Saturday, 23 June 2012

Semangat..!!

"Dik..!!!! along malas la nak cari lagi siaran TV Hijrah...Tak dapat dari tadi dah 10 minit along cuba.."

"Jangan putus asa long, Allah tak suka orang yang putus asa, cuba lagi..Along ada baca bismillah tak tadi.."
Tersentap kejap bila adik yang berumur 10 tahun kata begitu.."Along ada baca bismillah tadi..erm ok along cuba lagi.."
setelah 15 minit berlalu....

Wednesday, 30 May 2012

Puisi Tuan Guru

Ya Allah, kami mengharapkan keredhaanMu..Pimpinlah kami ke jalan yang benar, tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus, jalan-jalan yang kau beri nikmat, bukan jalan-jalan orang yang sesat dan juga bukan jalan-jalan yang Engkau murkai. Jangan Kau

Sunday, 6 May 2012

Tugas siapa ??

Dah lama sangat tak update blog, sampaikan di tegur oleh seorang sahabat "anti tak update blog?"..malu saya..maaf ya pada sesiapa yang buka blog saya tapi tak berupdate..nak kongsi, sekarang saya berusaha untuk habiskan satu buku yang bertajuk perbandingan agama - agama-agama yang terbesar di india - Prof Dr Ahmad Shalaby (sebab nak tolong kawan buat rumusan tentang agama ni)..


Ada satu petikan yang ditulis dalam buku ini tentang pendapat Mahatma Gandhi mengenai penyembahan lembu..memang kita semua sedia maklum, orang Hindu amat memuja lembu tetapi tidak tahu akan sebab musababnya..

Sunday, 1 January 2012

Hikayat ‘Study’ Salaful Ummah




Diambang peperiksaan ini, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah caranya untuk kita menguasai ilmu? Jawapannya, kita mesti menjejaki cara ulama salaf memeras keringat dalam mencari gali ilmu. Ini kerana lafaz “سلك” dalam hadith (( من سلك طريقا...إلخ )) ditafsirkan oleh ulama sebagai ‘melalui jalan yang telah dilalui’. Di samping itu, ilmu yang menyinari dada-dada mereka telah membuktikan keberkatan manhaj yang mereka lalui.

Para masyayikh seringkali berpesan agar kita sering menghayati kisah-kisah ulama silam meredah belukar berduri bagi mengisi ilmu di hati. Bukan mudah merasa manisnya madu kalau tidak dipanjat pohon tualang. Takkan dijumpa mutiara berharga kalau tidak diselam lautan yang dalam. Imam Al-Junaid menyebut: “ Hikayat-hikayat adalah tentera dari tentera-tentera Allah, dengannyalah tubuh badan penuntut menjadi kuat”.

Wednesday, 9 November 2011

Jadilah hamba yang bersyukur

Aku suka travel/bermusafir/berjalan-jalan sebab melalui itu dapat banyak pengajaran dan muhasabah diri dalam menempuh arus duniawi. Pernah suatu hari berjalan tiba-tiba nampak orang yang celik mata tapi cacat penglihatan dalam erti kata lain 'buta'. Kesian tengoknya tapi tengok pada semangat dia kita rasa diri terlalu kerdil.

Harus ku bersyukur kerana diri ini masih diberi peluang untuk melihat dunia ini dan berbakti padanya walaupun separuh nikmat penglihatan telah di tarik oleh Allah. Diriku rabun sejak memasuki alam IPT. Ramai lagi yang nasibnya kurang bernasib baik berbanding diri ku. Alhamdulillah ya Allah kerana aku masih diberi peluang untuk melihat keindahan ciptaan Mu. Peliharalah penglihatan ku dari melihat perkara-perkara yang dimurkaiMu. Amin..

Inilah sahabat baik ku yang sudi membantu ku melihat nikmat Allah dengan jelas & menemani diriku kemana sahaja diriku pergi. Terima kasih cermin mataku.

Thursday, 20 October 2011

Akan tiba masanya


Assalamualaikum wbt


Tiba-tiba diri ini terasa nak menulis tentang jodoh..ramai yang bertanya Cik Salmah bila nak kahwin ni..??? maklumlah dah meningkat umur, bakal menyambut hari kelahiran yang ke - 23 bulan depan..tua dah, tua ke..??? jawapan ada pada diri masing-masing..erm nak bagi jawapan apa ya pada pertanyaan bila nak kahwin..?? insyaAllah tengah menunggu seseorang (ana hadiahkan al-fatihah sebagai pengikat hati), hanya ALLAH yang berhak dan mengetahui masa yang sesuai untuk kami bersatu..^_^


Nak dapat calon suami yang baik dan soleh kita perlulah berusaha menjadi baik dan solehah dulu..pasti ramai yang dah tahu tapi kadang-kadang terlupa..bukan mudah untuk melayari sebuah bahtera yang penuh onak liku tanpa iman dan ilmu..pesanan kepada calon suamiku (ceceh siapa la tu, Allah tau jawapannya) sama-sama ya kita berusaha ke arah kebaikan..apabila sampai masanya, kita bersedia dan sama-sama untuk jatuh bangun dalam melayari kehidupan alam rumah tangga..

Cinta yang ana impikan adalah cinta yang suci selepas perkahwinan, bukan cinta angan-angan yang ditaburi janji-janji manis kosong sebelum mengikat sumpah janji di depan Allah dan manusia, untuk menjaga diri ini dan zuriat sampai ke syurgaNya..


رسالة إلى مرشحين زوجي,

Assalamualaikum wrh wbt

Monday, 17 October 2011

Ujian Rahmat Allah

Kadang-kadang kita rasa tidak mampu untuk menanggung beban ujian yang menimpa diri sehingga rasa tidak mampu berdiri. Hati cuba pujuk ingatlah Allah itu sentiasa dekat dengan kita, ujian yang diberikan sebenarnya adalah kerana Dia amat rindu untuk mendengar suara hambaNya yang amat-amat dikasihi. Sabar dan syukur diatas segala ujian, ada pahala diatas segala kesabaran dan kesyukuran. InsyaAllah akan ada sinar kebahagiaan menunggu dimasa akan datang. Ya Rahman, Ya Rahim, jadikanlah hambaMu ini termasuk dalam golongan hamba-hamba yang sentiasa bersyukur. Amin.........

Secara sedar atau tidak sedar ujian sebenarnya mengajar kita agar lebih matang serta sentiasa berfikiran positif dan terbuka . Janganlah mudah mengeluh, Janganlah mudah berputus asa..Ingatlah rahmat, rezeki Allah amat luas.


Friday, 16 September 2011

RADIO

Di suatu petang yang hening, tiba-tiba adik berkata.

Adik : ngah, radio tu angah bukak ke radio sendiri yang bukak

Angah : Jap-jap nak tanya, radio tu ada tangan sendiri ke nak bukak

Dengan muka yang tension adik berkata " angah ni, orang cakap betul-betul main-main pula"

Angah : Betulkan apa yang angah cakap..radio tu ada tangan sendiri ke nak buka lagu..??? mestila angah yang buka tadi

Adik : angah ni!!!!!!!! betul-betul la.

Along : Dah-dah..lawak la korang ni..adik, mestila angah yang buka radio tu..cuba fikir takkan radio tu berfungsi tiba-tiba. mesti ada tangan yang menekannya. radio bukan benda yang bernyawa.

Adik : Hehe betul jugakan, radio mana boleh buka sendiri

Dalam hati along berkata. macam-macam ragam adik-adik aku ni. dengan ragam diorang nila buat aku gembira. tengok muka angah, nampak adik. tengok muka adik nampak angah. senyum sendiri dalam hati.

Wednesday, 14 September 2011

Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan

Keputusan:
Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

  1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
  2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
  3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
  4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
  5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.

  6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dankuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
  7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranyaalkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

Sunday, 11 September 2011

Tudung..????


Allah berfirman : "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yng beriman....hendaklah mereka menutup belahan dadanya dengan tudung kepala mereka." (Sebahagian dari ayat 31 surah An-Nur) Berdasarkan ayat ini, maka memakai tudung bukan sekadar untuk menutup kepala dan rambut, tetapi hendaklah dilabuhkan ke hadapan sehingga menutup buah dada mereka. Ini adalah kawasan yang paling kerap didedahkan oleh fesyen pakaian wanita, sedangkan inilah kawasan yang sepatutnya ditutup dengan pakaian, kemudian ditutup lagi dengan kain tudung.

Monday, 5 September 2011

Salam Eid' Mubarak


Salam Aidilfitri buat semua yang mengenali diri ini. Sedar tak sedar hampir 2 minggu kita merayakan aidilfitri tahun ini. Aidilfitri tahun terasa begitu lain, dalam kegembiraan terselit juga duka kerana kehilangan seorang insan yang disayangi arwah atuk Baharudin bin Mat Seh awal bulan 4 tahun ni dan terimbas kenangan bersama arwah odang Hamzah bin Mohd yang sudah meninggalkan dunia yang fana ini lebih kurang 17 tahun. (Al-fatihah buat mereka berdua)

Tahun 2011 diri ini sering terdengar berita kematian dari keluarga, kawan-kawan, bos. Kematian dari setiap peringkat umur, dari muda hingga tua. Kesimpulannya ajal tidak kira tua atau muda. Maka persiapkan diri dengan amalan-amalan yang akan menjadi teman kita semasa di alam barzakh dan alam akhirat.

Firman Allah yang bermaksud : "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Al-Imran : 185)

Saturday, 4 June 2011

Sebahagian Kelebihan 3 Qul


Kata Abdullah bin Khubaib r.a.: "kami keluar pada suatu malam hujan lebat dan gelap-gulita mencari Rasulullah SAW supaya baginda mendoakan kami, lalu kami berjaya menemui baginda. Baginda pun bersabda : "Katakanlah!" Tetapi saya tidak mengatakan apa-apa. Kemudian baginda bersabda lagi : "Katakanlah!" Tetapi saya tidak mengatakan apa-apa, kemudian baginda bersabda lagi : "Katakanlah!" Jawab saya : Wahai Rasulullah! Apakah yang mesti saya katakan?" Baginda bersabda : "Katakanlah : Tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa....." (Surah al-Ikhlas); "Katakanlah : Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang mencipta sekalian makhluk....." (Surah al-Falaq); "Katakanlah : Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara seklain manusia..." (Surah al-Nas);" pada waktu petang dan pada waktu pagi tiga kali. Itu sudah memadai bagimu daripada segala sesuatu."

(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasa'i. Menurut al-Tirmizi : Hadis ini dinilai Hasan Sahih)

Monday, 2 May 2011

Kehilangan

Tanggal 7hb April atuk Baharudin bin Mat Seh telah kembali ke Rahmatullah bertemu yang Maha ESA..Kehilangan atuk yang disayangi benar-benar dirasai sehingga sekarang..

Redha dengan kehilangannya, hanya Al-fatihah yang dapat meleraikan perasaan rindu dalam hati ini..Semoga atuk tergolongan dikalangan orang-orang yang beriman..

Monday, 7 March 2011

Jangan Bersedih


Sesungguhnya ALLAH bersama dengan orang-orang yang sabar

Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman (Ali 'Imran 3-139)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...